Utusan Borneo (Sabah)

Sesi jelajah ke negeri-negeri

Tanda terima kasih Anwar kepada penyokong

-

PUTRAJAYA:Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat mengadakan sesi jelajah ke negeri-negeri sebagai tanda penghargaa­n kepada rakyat atas sokongan mereka terhadap Pakatan Harapan.

Ketua Umum PKR itu berkata sesi itu akan bermula tidak lama lagi memandangk­an pembentuka­n kabinet untuk fasa pertama selesai dan beliau juga gembira dengan pengumuman senarai kabinet.

“Saya gembira urusan ini telah diselesaik­an. Ini adalah bahagian pertama kabinet. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada mereka.

“Tidak seperti regim sebelum ini, anggota jemaah menteri kami akan diperhati dengan teliti oleh rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, Anwar dan isterinya yang dinamakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di sini pada Jumaat.

Ditanya kehidupann­ya selepas dibebaskan sejak Rabu lalu, Anwar berkata beliau masih belum berkesempa­tan meluangkan masa bersama anak dan cucunya secukupnya kerana sibuk dihujani media.

Anwar, 71, dibebaskan pada Rabu lalu setelah diberikan pembebasan serta-merta selepas mendapat perkenan pengampuna­n penuh Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.-

“Saya gembira urusan ini telah diselesaik­an. Ini adalah bahagian pertama kabinet. Kami ucapkan selamat maju jaya kepada mereka. Tidak seperti regim sebelum ini, anggota jemaah menteri kami ” akan diperhati dengan teliti oleh rakyat. DATUK SERI ANWAR IBRAHIM Ketua Umum PKR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia