Utusan Borneo (Sabah)

DR Wan Azizah bertemu PM Singapura

-

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang dinamakan sebagai timbalan perdana menteri Malaysia, pada Jumaat mengunjung­i Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di sebuah hotel terkemuka di sini.

Dr Wan Azizah yang diiringi suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang merupakan Ketua Umum PKR mengadakan pertemuan kira-kira sejam dengan Lee dan isterinya Ho Ching.

Bercakap kepada pemberita selepas pertemuani­tu, DrWan Azizah berkata ia merupakan satu penghormat­an untuk bertemu Lee dan isterinya dan bahawa pertemuan itu merupakan pertemuan yang “baik”.

“Perbincang­an turut menekankan hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura sebagai negara berjiran di rantau ini,” katanya. Terdahulu, Lee mengunjung­i Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, pertemuan pertama mereka selepas Dr Mahathir kembali menerajui negara susulan kemenangan Pakatan Harapan pimpinanny­a dalam pilihan raya umum pada 9 Mei.

Sementara itu, Anwar berkata beliau berbesar hati dapat bertemu Lee, yang sudah dikenaliny­a semasa beliau menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri dahulu.

“Bagi saya, amat berbesar hati dapat bertemu dengan Lee. Pada asasnya kami percaya akan hubungan dua hala yang lebih erat dengan Singapura berikutan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad turut menegaskan perkara ini,” katanya.Bernama

 ??  ?? ANWAR (tiga, kiri) dan Azizah ketika tiba untuk mengadakan perjumpaan tertutup bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Jumaat.
ANWAR (tiga, kiri) dan Azizah ketika tiba untuk mengadakan perjumpaan tertutup bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia