Utusan Borneo (Sabah)

19 terbunuh ditimpa guni simen, trak terbalik di India

-

AHMEDABAD: Sebuah trak terbalik di India semalam mengorbank­an 19 buruh ditimpa guni simen yang jatuh dari kenderaan itu, menurut pihak polis.

Enam orang lagi telah mengalami kecederaan dalam kemalangan yang berlaku di sebatang lebuh raya sibuk di wilayah barat Gujarat, nahas maut terbaharu di jalan raya India yang terdedah kepada kemalangan berbahaya.

“Seramai 19 orang termasuk 12 wanita, tiga remaja dan empat lelaki telah terkorban ketika trak yang berasal dari Pipavav Port terbalik di atas lebuh raya Ahmedabad Dholera,” pesuruhjay­a polis R. V. Asari memberitah­u AFP.

“Semua yang terkorban adalah buruh yang hendak pergi bekerja di ladang di daerah Anand. Semua telah tertimbus di bawah guni simen selepas trak itu terbalik.”

Asari menyatakan ia kelihatan bahawa pemandu itu tertidur ketika memandu yang menyebabka­n trak itu tergelinci­r dari jalan raya dan terbalik.

“Buat masa sekarang kami terlibat dalam operasi menyelamat. Bagaimana kemalangan berlaku perlu disiasat. Buat peringkat awal ia kelihatan bahawa pemandu telah tertidur,” tambah beliau.

Dalam kemalangan lain, 11 terbunuh kelmarin di daerah Uttarakhan­d ketika sebuah trak yang dipandu dengan laju telah merempuh sekumpulan penganut yang berjalan ke arah sebuah kuil, lapor Press Trust of India.

India mempunyai sebahagian dari jalan raya paling berbahaya di dunia, meragut nyawa lebih dari 150,000 orang setiap tahun.

 ??  ?? PIHAK polis berdiri berhampira­n beberapa mayat mangsa kemalangan di lebuh raya Ahmedabad-Bhavnagar di kampung Bavniyari, semalam.
PIHAK polis berdiri berhampira­n beberapa mayat mangsa kemalangan di lebuh raya Ahmedabad-Bhavnagar di kampung Bavniyari, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia