Utusan Borneo (Sabah)

Lebih 100 maut dalam nahas pesawat di Cuba

Boeing 737 berusia hampir 40 tahun milik Cubana de Aviacion terhempas sejurus berlepas dari Havana

-

HAVANA: Sebuah pesawat penerbanga­n negara Cuba dengan seramai 110 orang penumpang dan kru di dalamnya telah terhempas sejurus selepas ia berlepas dari Havana kelmarin, meninggal kansatu timbunan badan pesawat yang musnah, ketika presiden negara memberikan amaran ramai orang dikhuatiri meninggal dunia.

Media negara Cuba melaporkan bahawa tiga orang telah dikeluarka­n hidup-hidup dari bangkai pesawat dan berada dalam keadaan kritikal di hospital.

Terdapat tiada kenyataan rasmi lain mengenai mangsa terselamat darisebuah pesawat Boeing 737 yang berusia hampir 40 tahun dimiliki oleh Cubana de Aviacion, yang terhempas di sebuah padang berhampira­n dengan kawasan hutan berhampira­n lapangan terbang Jose Marti di Havana, menyebabka­n kepulan asap tebal naik ke ruang udara.

Seramai 110 orang termasuk enam kru dari Mexico, menurut Aerolineas Damojh, syarikat yang bertapak di Mexico yang telah menjual pesawat itu kepada syarikat penerbanga­n Cuba.

Pesawatter­se but membawa 104 penumpang telah hampir musnah teruk dalam nahas tersebut dan kemudian terbakar, telah dipadamkan oleh anggota bomba yang bergegas ke tempat kejadian bersama dengan beberapa ambulans.

Kakitangan kecemasan telah memeriksa bangkai pesawat, memberikan sedikit harapan bahawa terdapat mangsa terselamat lain.

“Tiga penumpang yang ditemui masih hidup dalam kemalangan itu berada dalam keadaan kritikal. Kesemuanya berada di hospital,” menurut akhbar negara Granma.

Apa yang berlaku adalah salah satu dari bahagian sayap pesawat telah tersangkut di antara dahan pokok, namun fiuslaj utama telah hampir musnah keseluruha­nnya.

Presiden Cuba Miguel Diaz-Canel, yang telah datang melawat tempat kejadian, memberitah­u AFP terdapat jumlah kematian yang besar.

“Terdapat satu kemalangan penerbanga­n yang malang. Berita adalah tidak menjanjika­n apa-apa ia kelihatan bahawa terdapat ramai mangsa,” menurut Diaz-Canel.

Presiden menyatakan sembilan anggota kru dipercayai berada di dalam pesawat, namun beliau tidak pasti sekiranya mereka adalah termasuk dalam jumlah 104 penumpang tersebut.

Presiden berusia 58 tahun, yang menggantik­an Raul Castro sebagai pemimpin pulau tersebut pada bulan lepas, kelihatan tergamam ketika beliau meninjau usaha pencarian, memakai sepasang baju hijau berlengan pendek dan dikeliling­i oleh pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan kemudian, presiden menyatakan satu siasatan mengenai punca kemalangan sedang dilakukan.

“Mayat-mayat telah dikenal pasti. Kementeria­n pengangkut­an telah membentuk sebuah suruhanjay­a bagi menyiasat fakta tersebut. Kami akan mengumpulk­an semua maklumat yang berkaitan dan kami akan memaklumka­n orangra maisebaik sahaja kami telah mendapatka­nnya,” terang beliau.

Kerajaan Mexico menyatakan pesawat itu dibina pada 1979 dan menyatakan ia mempunyai kru terdiri dari lima rakyat Mexico –juruterban­g, pembantu juruterban­g, dan tiga atendan penerbanga­n.

Bagaimanap­un, dalam satu kenyataan kemudian, Aerolineas Damojh menyatakan seorang jurutera penyelengg­ar aanturut berada di dalam pesawat itu.

Aerolineas Damojh, juga dikenali sebagai Global Air, merupakan sebuah syarikat sewaan yang ditubuhkan pada 1990 mempunyai tiga pesawat.

Kementeria­n komunikasi dan pengangkut­an Mexico menyatakan pesawat itu telah lulus pemeriksaa­n pada November tahun lepas.

Sumber lapangan terbang menyatakan pesawat itu berlepas pada jam 12:08 tengah hari waktu tempatan menuju ke bandar timur Holguin, 670 kilometer jauhnya.

Dari pasar raya di mana beliau bekerja berhampira­n lapangan terbang, Jose Luis, 49, menyatakan beliau dapat melihat pesawat itu berlepas sebelum ia mengereng dan terjunam ke tanah.

“Saya melihat ia berlepas. Tiba-tiba, ia melakukan satu pusingan dan terjunam. Kami semua terkejut,” kata beliau.

Gambar dari televisyen Cuba menunjukka­n anggota penyelamat di tempat kejadian memindahka­n apa yang kelihatan sebagai seorang mangsa terselamat di atas sebuah pengusung ketika hujan mulai turun.

Disebabkan oleh nahas kelmarin, kemalangan udara terbaharu di Cuba berlaku pada April, 2017. Lapan kakitangan tentera meninggal dunia ketika sebuah pesawat pengangkut AN-26 buatan Rusia telah terjunam di barat Cuba.

Kemalangan pesawat terakhir di negara ini adalah pada November 2010 ketika sebuah pesawat Cuban Aerocaribb­ean terhempas ketika dalam penerbanga­n dari Santiago de Cuba ke Havana, mengorbank­an kesemua 68 orang di dalamnya, termasuk 28 rakyat asing.

Pada Julai 1997, sebuah pesawat penumpang Antonov-24 terhempas ke dalam laut di luar Santiago de Cuba. Semua 44 orang di dalamnya telah terbunuh, termasuk dua rakyat Brazil dan dua dari Sepanyol.

Pada Mac 2002, sebuah pesawat kecil Antonov2 dalam perjalanan dari Cienfuegos ke Cayo Coco terhempas di wilayah tengah Santa Clara. Semua 16 orang di dalamnya, di antara mereka enam pelancong Kanada, empat dari Britain dan dua dari Jerman, telah terkorban.

 ??  ?? GAMBAR diambil di tempat kejadian selepas sebuah pesawat Cubana de Aviacion terhempas sejurus ia berlepas dari lapangan terbang Jose Marti di Havana, kelmarin. — Gambar AFP
GAMBAR diambil di tempat kejadian selepas sebuah pesawat Cubana de Aviacion terhempas sejurus ia berlepas dari lapangan terbang Jose Marti di Havana, kelmarin. — Gambar AFP
 ??  ?? GAMBAR ini dikeluarka­n oleh Agensi Berita Cuba menunjukka­n ketibaan seorang mangsa yang terselamat dari nahas pesawat Cubana de Aviacion ke hospital di Havana. — Gambar AFP
GAMBAR ini dikeluarka­n oleh Agensi Berita Cuba menunjukka­n ketibaan seorang mangsa yang terselamat dari nahas pesawat Cubana de Aviacion ke hospital di Havana. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia