Utusan Borneo (Sabah)

Putera Harry mengahwini Meghan Markle

Dalam majlis gilang-gemilang diadakan di Windsor Castle, disaksikan di seluruh dunia

-

WINDSOR: Putera Harry dari Britain mengahwini bekas aktres dari Amerika Syarikat (AS) Meghan Markle pada Jumaat dalam majlis gilang-gemilang di Windsor Castle, satu acara yang ditonton di seluruh dunia tetapi dibayangi pergaduhan dalam keluarga si pengantin perempuan.

Kira-kira 100,000 orang dipercayai berada di Windsor, ke barat London, untuk peristiwa bersejarah itu manakala parti jalanan dan teh petang diadakan di seluruh negara.

Upacara perkahwina­n bermula pada waktu tengah hari di Chapel St George yang dihadiri nenda Harry yang berusia 92 tahun, Ratu Elizabeth II, selain selebriti termasuk bekas-bekas rakan Markle dari siri drama televisyen yang popular di AS ‘Suits’.

Majlis berkenaan merupakan satu upacara tradisiona­l Gereja England (Anglikan) tetapi dengan pengubahsu­aian luar biasa termasuk koir injil yang menyanyika­n lagi ‘Stand By Me’ dan seorang pastor bersemanga­t dari AS yang menyampaik­an ucapan.

Uskup Agung Canterbury, Justin Welby, yang mengahwink­an pasangan berkenaan, berkata mereka “bersikap sangat wajar” dan “dapat menguasai diri”.

“Mereka saling menyayangi satu sama lain dengan mendalam, sesuatu yang sangat indah, selain saling menyokong dan amat memahami satu sama lain,” katanya.

“Kita melihatnya dalam cara mereka bertindak balas terhadap satu sama lain, mengambil berat tentang satu sama lain.”

Markle, yang pada mulanya memasuki gereja seorang diri sebelum beliau disertai kemudian oleh bapa mentuanya Putera Charles, yang akan mengiringi­nya selepas bapanya sendiri menarik diri kerana keuzuran.

Spekulasi telah berkisar mengenai gaun kahwinnya, dan akhbar New York Post mendakwa pereka British, Stella McCartney, telah disuruh untuk membuatnya, manakala pihak lain menyebut Ralph dan Russo.

Selepas upacara perkahwina­n, Harry, 33, dan Markle, 36, akan menaiki kereta kuda terbuka menerusi Windsor.

Puluhan peminat diraja, ramai yang dihiasi dengan kelengkapa­n Union Jack berkampung sepanjang malam untuk mendapatka­n tempat di hadapan.

Markle, seorang janda kacukan dari Los Angeles, dilihat sebagai udara segar bagi kerabat diraja yang selalunya dilihat sebagai terlalu tradisiona­l.

Namun gelagat keluargany­a sendiri berisiko mencuri tumpuan.

Bapanya Thomas Markle menarik diri pada minit akhir selepas dia terbabit dalam skandal paparazi dan menjalani pembedahan jantung kecemasan beberapa hari sebelum majlis perkahwina­n diadakan.

Abang tiri Markle, Thomas Markle Jr, yang tidak dijemput, tetap datang ke Britain dan memberi temu ramah kepada media tabloid, bersama bekas isterinya Tracy Dooley dan anak mereka Tyler, seorang penanam kanabis (ganja).

Sarkas media sekitar keluarga Markle telah menimbulka­n persoalan mengenai persiapan istana dan berisiko memburukka­n lagi hubungan Harry yang tegang dengan media yang baginda persalahka­n bagi kematian bonda baginda, Diana.

Harry dan Markle berkenalan ketika Markle melawat London pada Julai 2016 dan mereka telah dipertemuk­an oleh seorang rakan yang mengenali mereka.

Markle berusia 34 tahun dan seorang janda selama tiga tahun ketika itu; baginda berusia 31 tahun dengan beberapa hubungan yang tidak menjadi dan ketika itu baginda baharu sahaja menamatkan karier tentera selama 10 tahun.

“Semua bintang sejajar. Segalanya sempurna sekali,” kata Harry ketika pasangan itu mengumumka­n pertunanga­n mereka pada November 2017.

Harry melamar ketika mereka makan malam dengan ayam panggang di kotej baginda dalam pekarangan Kensington Palace, di mana bonda baginda tinggal selepas baginda dan Charles bercerai.

Harry terkesan dengan kematian bonda baginda dalam satu nahas kereta di Paris pada 1997 ketika baginda baharu berusia 12 tahun, dan baginda terpaksa berkabung di hadapan media dunia.

Baginda memberonta­k pada waktu remaja dan bercakap dengan berteruste­rang pada tahun lepas bahawa baginda mendapatka­n bantuan setelah “nyaris mengalami gangguan jiwa sepenuhnya banyak kali”.

Markle juga pernah mengalami kekecewaan sendiri.

Beliau mengahwini penerbit Trevor Engelson pada 2011 tetapi hubungan mereka berakhir pada 2013 setelah beliau berpindah ke Toronto untuk membuat penggambar­an bagi drama undang-undang ‘Suits’.

Penulis biografi Markle, Andrew Morton, menyatakan Harry dan Markle akan menjadi “pasangan berkuasa” tetapi beberapa pengulas berkata beliau perlu menamatkan karier sebagai pelakon selain kempen feminisnya.

Kawalan keselamata­n ketat di Windsor menjelang acara berkenaan, dan anggota polis memeriksa lampu jalan, tong sampah selain menggunaka­n anjing pengesan untuk mencari bahan letupan.

Bandar itu telah dibanjiri pelancong dan beberapa penduduk tempatan menyuaraka­n kekecewaan manakala pekedai memgambil kesempatan dengan menjual pelbagai jenis koleh, bendera serta topeng Harry dan Markle.

“Kira-kira 100,000 orang dipercayai berada di Windsor, ke barat London, untuk peristiwa bersejarah itu manakala parti jalanan dan teh petang diadakan di seluruh negara. Upacara perkahwina­n bermula pada waktu tengah hari di Chapel St George yang dihadiri nenda Harry yang berusia 92 tahun, Ratu Elizabeth II, selain selebriti termasuk bekas-bekas rakan Markle dari siri drama televisyen yang ‘Suits’.” popular di AS

 ?? — Gambar Reuters ?? SEORANG wanita melambaika­n bendera berdekatan mozek bata LEGO bercorakka­n Putera Harry dan Meghan Markle di Windsor, Britain.
— Gambar Reuters SEORANG wanita melambaika­n bendera berdekatan mozek bata LEGO bercorakka­n Putera Harry dan Meghan Markle di Windsor, Britain.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia