Utusan Borneo (Sabah)

14,000 lari daripada keganasan di Republik Afrika

-

LIBREVILLE: Kirakira 14,000 orang telah melarikan diri dari keganasan di Republik Afrika Tengah dan menyeberan­gi masuk ke Republik Demokratik Kongo dalam tempoh kurang seminggu, menurut pihak Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu kelmarin.

Agensi pelarian PBB (UNHCR) menyatakan ia “terkejut” dengan keadaan 7,000 orang yang tiada tempat tinggal dari tenggara negara yang dilanda ketegangan, sambil menambah bahawa mereka telah tiba “dalam satu situasi bagi sedikit bantuan dan sangat memerlukan bantuan.”

“Ketibaan yang cepat dan kehadiran bantuan kemanusiaa­n yang sangat terhad di kawasan bermakna bahawa mereka sangat memerlukan bantuan yang dipertingk­atkan,” menurut jurucakap UNHCR William Spindler, sambil menambah bahawa kebanyakan pelarian adalah wanita dan kanak-kanak.

Beliau menyatakan kemampuan beberapa agensi bagi satu respons kecemasan adalah “agak teruk.”

Seramai 7,000 pelarian dari pekan Bambari di tengah CAR turut mengerumun­i ke DRC, menurut kepada Pejabat PBB bagi Pengurusan Hal Ehwal Kemanusiaa­n.

Keganasan di Bambari pada malam Isnin dan Selasa lepas telah membawa kepada kematian seorang pekerja NGO yang setia dan bidan, serta melihat balai polis dipekandan pangkalan PBB telah diserang oleh lelaki bersenjata, dijangka mempunyai kaitan dengan kumpulan Union for Peace in CAR (UPC).

PBB menyatakan ia telah meneruskan kawalan di bandar tersebut pada Rabu lepas.

Pada Khamis lepas seorang anggota tentera pengaman Mauritania telah terbunuh dan lapan tercedera dalam satu serangan ke atas sebuah konvoi PBB berhampira­n pekan tenggara Alindao.

Jumlah orang dari CAR yang melarikan diri ke utara DRC telah meningkat malah sebelum kemasukan terbaharu, menurut PBB, telah meningkat dari 102,000 kepada 182,000 dalam tempoh kurang dari setahun.

PBB telah mempunyai kira-kira 12,500 kakitangan yang dikerahkan di Afrika Tengah sebagai sebahagian dari misi MINUSCA, salah satu dari badan dunia yang mempunyai pasukan tentera pengaman paling besar.

Negara mengawal hanya satu bahagian kecil bagi wilayah negara CAR. Kumpulan bersenjata bertempur di wilayah bagi kawalan terhadap sumber, termasuk berlian, emas dan ternakan.

Keganasan telah menambahka­n kebimbanga­n bahawa negara, salah satu dari yang paling tidak stabil di dunia, akan sekali lagi terjunam ke dalam konflik perkauman berdarah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia