Utusan Borneo (Sabah)

Origi menyerlah

Bantu Wolfsburg atasi Kiel dalam perlawanan playoff Bundesliga

-

BERLIN: Divock Origi menjaringk­an satu gol dan mencipta satu gol untuk membantu Wolfsburg mencatatka­n kemenangan 31 ke atas kelab kerdil Holstein Kiel dalam perlawanan playoff penyingkir­an pusingan pertama Bundesliga kelmarin.

Penyerang Belgium itu, yang akan menamatkan kontrak sebagai pemain pinjaman dari Liverpool selepas perlawanan play-off dua pusingan, menolak masuk gol pembukaan awal di Volkswagen Arena, kemudian mencipta gol ketiga bagi Yunus Malli untuk meletakkan Wolfsburg di hadapan sebelum perlawanan pusingan kedua pada Isnin.

Origi, 23, memalukan Wolfsburg sedikit sebelum perlawanan­a pabiladia mengakui tidak tahu apa-apa tentang Kiel, tetapi dia menebusnya dengan persembaha­n yang mengagumka­n.

Ini adalah perlawanan David melawan Goliath yang sebenar kerana bajet gaji skuad tahunan Wolfsburg yang berbelanja besar dilaporkan sebanyak 60 juta euro (RM288 juta) – 10 kali lebih banyak berbanding Kiel.

Selepas jaringan Origi, Kingsley Schindle rmenyamaka­n kedudukan sebelum Josip Brekalo dan Malli melakukan jaringan sebelum dan selepas waktu rehat untuk Wolfsburg, tetapi Kiel mengasak Wolfsburg sepanjang perlawanan.

Bagi tahun kedua berturuttu­rut, Wolfsburg bermain dalam perlawanan play-off penyingkir­an selepas mereka menduduki tempat ke-16 dalam liga utama di Jerman, manakala Kiel layak apabila ia menduduki tempat ketiga dalam divisyen kedua.

“Ia okay, tetapi kami melepaskan peluang untuk menjaringk­an gol keempat dan bergelut pada hujung perlawanan,” akui kapten Wolfsburg, Maximilian Arnold.

“Apabila kita menduduki tempat ke-16, kita biasa dengan keadaan yang tidak menjadi dalam masa penuh 90 minit.”

Pasukan tuan rumah sewajarnya mendahului awal apabila pemain pertahanan tengah Robin Knoche mengelecek bola di sebelah kiri sebelum Malli melepasi tiga pemain pertahanan, meluru ke dalam kotak penalti dan menolak bola ke bahagian tengah.

Pemain tengah Swiss, Renato

- Gambar Reuters Steffen, memaksa penjaga gol Kiel, Kenneth Kronholm, menepis bola, tetapi Origi menolak masuk bola yang melantun balik pada minit ke-13.

Kiel menyamakan kedudukan apabila pemain tengah Dominick Drexler menewaskan dua pemain pertahanan di garisan padang, kemudian menarik bola ke belakang ke bahagian tengah untuk Schindler tolak masuk ke dalam jaring kosong pada minit ke-34.

Wolfsburg mendahului semula enam minit kemudian apabila Knoche merembat bola jarak jauh ke dalam kotak penalti Kiel, bola ditanduk kepada Brekalo, yang meledakkan rembatan ke sudut atas sebelah kiri gawang.

Origi memastikan kemenangan pada pusingan pertama dengan kemahiran yang cemerlang dalam gerakan bagi gol ketiga.

Walaupun dikasari, Origi terus menguasai bola apabila pengadil meneruskan permainan, menewaskan satu lagi cabaran dan membuat hantaran kepada Malli, yang mengelecek penjaga gol Kiel dan merembat bola ke dalam gol pada minit ke-56.

Kiel meningkatk­an tekanan apabila cubaan penyerang gantian Aaron Seydel terkena tiang gol dan Marvin Ducksch dua kali melakukan rembatan yang tersasar pada minit akhir.

 ??  ?? ORIGI (terlindung) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas membuka jaringan untuk Wolfsburg ketika menentang Holstein Kiel dalam perlawanan playoff penyingkir­an pusingan pertama Bundesliga di Wolfsburg Arena.
ORIGI (terlindung) dikerumuni oleh rakan sepasukan selepas membuka jaringan untuk Wolfsburg ketika menentang Holstein Kiel dalam perlawanan playoff penyingkir­an pusingan pertama Bundesliga di Wolfsburg Arena.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia