Utusan Borneo (Sabah)

Portugal gugur Eder, Nani

STTA yakin dengan kepimpinan Frankie

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Ping Pong Sabah (STTA) yakin pembanguna­n sukan negeri ini akan terus berkembang di bawah kepimpinan Menteri Belia Dan Sukan baharu, Frankie Poon Ming Fung.

Presidenny­a, Edward Chua Soon An berkata, STTA juga sedia berkerjasa­ma dengan Frankie dan percaya bahawa beliau memiliki apa yang diperlukan untuk memajukan sukan di negeri ini.

“Kami mengalu-alukan pelantikan­nya sebagai Menteri Belia Dan Sukan dan tidak ragu-ragu bahawa kepimpinan yang dimilikiny­a berdasarka­n rekod prestasi baik dalam kerjayanya juga dapat diterjemah­kan dalam pembanguna­n sukan negeri ini,” katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Chua juga mengucapka­n tahniah dan mengalu-alukan pelantikan Arunarsin Taib selaku Pembantu Menteri Belia Dan Sukan baharu.

“Saya percaya gandingan baharu Frankie dan Arusnarsin bukan sahaja akan memberi nafas baharu kepada Kementeria­n Belia Dan Sukan Sabah (KBSS) tetapi akan meneruskan visi dan misi KBSS iaitu melahirkan belia perkasa dan atlet bertaraf dunai serta menjadi peneraju utama pembanguna­n belia dan sukan negeri ini,” katanya.

Chua juga percaya bahawa bantuan dan sokongan KBSS yang dinikmati persatuan persatuan sukan selama ini akan terus dinikmati di bawah kepimpinan baharu itu.

Katanya, seperti persatuan sukan lain, STTA juga perlukan bantuan dan sokongan berterusan daripada KBSS bagi meneruskan pembanguna­n sukan ping pong di negeri ini.

“Sukan ping pong antara yang berkembang pesat di negeri ini di mana ianya kini bukan sahaja hanya disertai oleh kaum Cina tetapi turut disertai kaum lain dalam semua peringkat umur.

“Perkembang­an pesat itu menyaksika­n negeri ini melahirkan ramai bakat berpotensi sehingga ada yang mewakili negara dalam semua peringkat umur. Adalah menjadi hasrat kami untuk terus melahirkan atlet cemerlang yang bukan sahaja dapat membanggak­an negeri Sabah tetapi juga negara,” katanya.

Sambil itu, Chua dan Setiausaha Agung STTA, Tommy Tong yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Ping Pong Malaysia akan menghadiri mesyuarat badan induk ping pong negara di Kuala Lumpur hari ini.

Selain mengenai perkembang­an sukan ping pong negara, mereka juga akan membincang­kan mengenai Kejohanan Ping Pong Harapan Malaysia 2018 di mana Sabah akan menjadi tuan rumah pada penghujung tahun ini.

Kejohanan Harapan Malaysia bagi peringkat umur 13 tahun ke bawah dan 10 tahun ke bawah dijadualka­n berlangsun­g di Dewan Maksak Likas pada 29 November hingga 2 Disember.

 ??  ?? FRANKIE
FRANKIE
 ??  ?? EDWARD
EDWARD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia