Utusan Borneo (Sabah)

Zarco harap tuah laman sendiri

Idam kemenangan pertama MotoGP di Le Mans, Perancis

-

LE MANS: Bintang Perancis Johann Zarco akan mendapat sokongan tuaN rumah yang kuat di Le Mans pada hari ini (Ahad) apabila dia cuba memenangi perlumbaan MotoGP pertama dan mengganggu usaha Marc Marquez untuk memenangi kejuaraan kelima.

Pelumba rookie terbaik MotoGP pada tahun lepas memberikan cabaran yang kuat kepada Marquez dalam kedudukan kejuaraan pada musim ini.

Tempat kedua di Argentina dandalam perlumbaan terakhir di Sepanyol menyaksika­n Zarco menduduki tempat kedua dalam kedudukan MotoGP, hanya 12 mata sahaja di belakang Marquez.

Dia ada memori yang indah mengenai Le Mans, setelah dia menaiki podium MotoGP

buat pertama kali 12 bulan lalu apabila dia menewaskan semua orang kecuali Maverick Vinales.

“Saya mahu bertarung untuk kemenangan,” kata pelumba berusia 27 tahun itu dari Cannes.

“Untuk berbuat demikian, saya mesti tenang, bekerja baik dengan pasukan dan kemudian kita akan lihat keadaan.”

Sokongan orang Perancis untuk perlumbaan kelima pada musim ini dijangka bermanfaat.

“Hakikat bahawa semua peminat kami ada di sana seharusnya memberikan saya lebih banyak lagi tenaga positif tetapi ia juga datang dengan sedikit tekanan juga,” kata Zarco.

“Namun saya akan cuba mengubah tekanan ini kepada tenaga yang jauh lebih positif.”

Zarco pasti memerlukan tenaga sedemikian yang banyak jika dia mahu menjadi pelumbak eempatdari Perancis untuk memenangi grand prix kategori terbaik dalam sejarah dengan motosikal Yamaha Tech 3.

Marquez jarang menikmati nasib yang baik di Le Mans, kerana penunggang Honda dari Sepanyol itu gagal untuk menamatkan perlumbaan dan menduduki tempat ke-13 dalam dua lawatan terakhirny­a.

Satu-satunya kemenangan yang dia kecapi di perlumbaan itu berlaku pada 2014.

Namun dia tiba di litar masyhur di wilayah Sarthe selepas kemenangan di Sepanyol dan Amerika Syarikat.

“Le Mans merupakan litar di mana kami perlu berusaha gigih dan berusaha sedaya upaya untuk cuba meneruskan momentum yang baik.

“Pada masa lalu, kami dapat menang atau naik ke atas podium di sana beberapa kali, dan pada waktu lain kami bergelut untuk memberikan cabaran, tetapi seperti apa yang saya selalu sebut, setiap musim adalah berlainan.

“Pada tahun ini kami sudah berada pada tahap yang baik pada waktu kami pergi ke Perancis, jadi kita akan lihat bagaimana keadaan pada hujung minggu ini. Kami akan cuba bermula dengan baik bermula Jumaat dan kemudian bertarung untuk podium pada Ahad.” Andrea Dovizioso dari Itali mendahului kejuaraan ketika dia tiba di Sepanyol tetapi terbabas

ketika dia bertarung kemenangan.

Sekarang 23 mata dibela kang Marquez, penunggang Ducati itu terdesak untuk menghidupk­an semula cubaannya untuk memenangi kejuaraan.

Juara dunia sembilan kali Valentino Rossi, di tempat keempat dalam kedudukan carta, akan mendoakan tuah yang lebih baik berbanding 12 bulan lalu apabila dia ditakdirka­n untuk mengekori Vinales, rakannya dalam pasukan Yamaha, ke garisan penamat di tempat kedua tetapi terbabas pada pusingan terakhir.

Seorang lagi mangsa yang terbabas di Sepanyol, Jorge Lorenzo, merupakan pemenang lima kali di Le Mans.

“Selepas apa yang berlaku di Jerez, saya tidak sabar lagi untuk berlumba di Le Mans. Saya penuh dengan tenaga dan ingin sekali berlumba pada Ahad di litar di mana saya telah menang banyak kali pada masa lalu,” kata penunggang Ducati itu.

Berita di luar litar membabit kandua penunggang yang telah melanjutka­n kontak mereka selama dua tahun lagi sehingga 2020, Alex Rins bersama SuzukidanA­leix Espargaro bersama Aprilia. untuk

 ??  ?? ZARCO sewaktu sesi latihan bebas menjelang perlumbaan MotoGP di Le Mans, Perancis. -
ZARCO sewaktu sesi latihan bebas menjelang perlumbaan MotoGP di Le Mans, Perancis. -
 ??  ?? JOHANN ZARCO
JOHANN ZARCO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia