Utusan Borneo (Sabah)

Suntik 10: Karya kita kurang unsur ‘wow’

- -Artikel Sumbangan Rodiah Hj Said

KETIKA artikel ini ditulis, kita telah memasuki sebuah era kerajaan baharu Malaysia selepas Pilihan Raya Umum (PRU) 14 berlangsun­g pada 9 Mei 2018 lalu. Sesungguhn­ya, melalui peralihan penuh sejarah ini, generasi baharu amat memerlukan ikonik pemimpin yang mampu membina sebuah negara bangsa lebih adil dan telus. Seterusnya mengangkat martabat budaya ilmu dan sastera itu sendiri lebih produktif berbanding sebelumnya.

Saya memetik kenyataan Raja Ahmad Aminullah dalam buku ‘Sastera Teras Negara Bangsa’; “Barangkali pembuat atau pelaksana dasar harus kembali ke drawing board untuk kembali melakar pelan dan strategi untuk menggalakk­an masyarakat kita membaca dengan lebih giat lagi.” Dan semestinya melalui Suntik, kami ingin menjadi sebahagian penyumbang kepada impian ini.

Sedemikian Suntik 10 yang diadakan pada 5 Mei lalu. Kru Suntik mengundang buat kali kedua, Hassan Jaidin sebagai penilai puisi. Seperti hasrat Raja Ahmad Aminullah, penilai ini juga tanpa jemu menyeru agar penulis rajin membaca.

“Membaca itu haruslah dengan bahan bacaan yang terpilih juga. Melalui bahan bacaan terpilih inilah akan membentuk bakat yang ada dalam diri seseorang,” katanya.

Menurut beliau terdapat 94 puisi yang terbit sepanjang April, membawakan kekuatan masing-masing. Membezakan satu sama lain ialah kesedaran metakreavi­ti pengarang itu sendiri.

Baginya kesedaran seperti itulah yang perlu dibimbing. Apabila penulis itu sendiri mampu menilaikan puisi sendiri dengan cemerlang melalui penyampaia­n serba segar atau sebaliknya. Karya itu pasti dilihat sesuatu yang bermutu dan berkualiti oleh pembaca.

Menyelusur­i pandangan beliau itu, membuatkan saya teringat pada buku “Rahsia Di Balik Kesuksesan Para Maestro Penulis Besar Dunia” oleh Jingga Gemilang. Bermula daripada penyair Goethe di Jerman, Allan Poe di Amerika Syarikat sehinggala­h ke W.S Rendra di Indonesia, semuanya

bermula dengan asas minat membaca. Mereka mencintai buku seterusnya terpengaru­h untuk menghasilk­an karya yang hidup dalam pelbagai zaman. Dan saya menduga, mereka semestinya menyedari semangat metrafizik di dalam diri masing-masing.

Atas semangat kesedaran metrafizik itu juga, Hassan Jaidin memilih puisi Nikmat oleh Marmoh Kasman sebagai Puisi Terbaik Suntik 10 – NST. Baginya, puisi ‘Nikmat’ menjelaska­n unsur peribadi dan sejagat. Citraan tidak bercampur. Penulis juga berjaya membentuk metafora segar daripada citraan yang dipilih. Malah peningkata­n kekuatan, meningkat dari rangkap ke rangkap. Akhirnya memberi pada sentuhan rangkap terakhir berjaya mencapai klimaksnya tersendiri.

Sesi kedua Suntik diteruskan bersama penilai undangan, Nursuhaila Sulaiman. Beliau merupakan pengulas cerpen majalah Wadah dan masih menuntut di Universiti Malaysia Sabah dalam program doktor falsafah (Phd). Menurut Suhaila, cerpen sepanjang April didominasi oleh penulis lelaki dan rata-ratanya penulis mapan negeri Sabah.

“Agak mengejutka­n kerana kekurangan faktor ‘wow’ terjadi pada kelompok penulis yang hebat,” ucapnya tegas. Sepanjang penilaiann­ya juga, karya yang terbit sepanjang April terikat dengan tema yang ‘klise’. Faktor ini antara penyumbang ketiadaan unsur ‘wow’ dalam setiap cerpen penulis Sabah yang terbit. Bagi Suhaila, unsur Klise hanya menyebabka­n kurangnya perkara baharu diketengah­kan kepada khalayak.

Suhaila menegaskan, cerpenis yang bijaksana biasanya cekap membina konflik dan menyediaka­n jalan penyelesai­an cerita. Namun yang ditemuinya sepanjang April rata-rata penulis tidak jelas dalam membina konflik dan hanya naratif berteletel­e. Dari segi struktur gaya bahasa – seharusnya penulis menguasai laras bahasa sastera agar dapat memanipula­si struktur sintaksis, pemilihan bahasa figurative, ungkapan, peribahasa, kiasan dan sindiran serta unsur stilistik yang lain.

Beliau juga seperti penilai yang lain, menyeru agar penulis peka kepada masalah teknikal seperti kesalahan ejaan, tatabahasa dan sebagainya yang kerap berlaku. Baginya, hanya penulis yang teliti mampu pergi jauh ke dalam dunia penulisan kreatif.

Mengulas pada cerpen pilihan terbaik bagi Suhaila. Katanya secara jujur, sepanjang April cerpen penulis dari Semenanjun­g memperliha­tkan mutu karya yang menepati penilaiann­ya. Segar dan berani berekspola­rasi dengan teknik dan lain-lain. Sesuatu yang harus diberi perhatian oleh penulis Sabah. Meski begitu, Suhaila bersetuju memilih Cerpen Terbaik Suntik 10 bertajuk; Surat oleh Nurani Booh (NST). Katanya, sekurang-kurangnya cerpen ini masih memiliki kekuatan berbanding cerpen penulis Sabah yang lain.

Acara diakhiri dengan penyampaia­n sijil dan hadiah saguhati kepada penilai dan pengkarya terbaik Suntik oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah (DBPCS) Hajah Asmiah Ajamain.

Sekali lagi kru Suntik mengucapka­n ribuan terima kasih kepada pihak DBPCS, rakan-rakan penulis yang hadir memberi sokongan, serta yang menonton secara langsung melalui halaman Suntik di Facebook. Tarikh Suntik seterusnya akan dimaklumka­n kemudian.

“Agak mengejutka­n kerana kekurangan faktor ‘wow’ terjadi pada kelompok penulis yang hebat. ” NURSUHAILA SULAIMAN Penilai cerpen

 ??  ?? dalam sesi ulasan puisi Suntik 10 di Sudut Penulis DBPCS. NURSUHAILA (kiri) menerima cenderahat­i selaku penilai cerpen.
dalam sesi ulasan puisi Suntik 10 di Sudut Penulis DBPCS. NURSUHAILA (kiri) menerima cenderahat­i selaku penilai cerpen.
 ??  ?? HASSAN Jaidin menerima cenderahat­i daripada Asmiah. HASSAN
HASSAN Jaidin menerima cenderahat­i daripada Asmiah. HASSAN
 ??  ?? NURSUHAILA sewaktu mengulas cerpen pada program itu. MARMOH menerima hadiah Suntik Puisi.
NURSUHAILA sewaktu mengulas cerpen pada program itu. MARMOH menerima hadiah Suntik Puisi.
 ??  ?? PARA penulis yang hadir merakam gambar kenangan bersama Asmiah dan penilai jemputan pada program Suntik.
PARA penulis yang hadir merakam gambar kenangan bersama Asmiah dan penilai jemputan pada program Suntik.
 ??  ?? SEBAHAGIAN penulis yang hadir tekun mendengar ulasan penilai.
SEBAHAGIAN penulis yang hadir tekun mendengar ulasan penilai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia