Utusan Borneo (Sabah)

bentuk seniman baru

- DR BAHARUDDIN MOHD ARUS

SATU pembaharua­n dalam persembaha­n seni visual yang terdapat dalam Pameran Matrix kali -15 dianjurkan oleh program Teknologi Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n Seni dan Warisan di Galeri Dato Muhamad Yaman Mus, Blok Seni, Universiti Malaysia Sabah.

Sesuai dengan tajuk pameran Matrik yang bermaksud “Inkubator” atau “Rahim” jelas menunjukka­n bahawa pameran yang diadakan adalah hasil dari program mendidik serta membentuk pertumbuha­n minda, bakat, persepsi dan memperkaya­kan teknik serta konsep seni para pelajar seni lukis tahun akhir yang mengambil bahagian pada kali ini.

Seramai enam puluh dua orang pelajar berbagai keturunan dan latar belakang mengambil bahagian dalam pameran penilaian sebagaiman­a berlaku setiap tahun. Pameran karya pelajar tahun akhir adalah sebagai tradisi yang biasanya diadakan bagi menilai hasil karya pelajar dalam empat bidang utama iaitu seni lukisan, seni arca, seni animasi dan perfileman.

Penilaian berdasarka­n kepada keampuhan kajian, idea, inovasi, hal benda, teknik, sejarah seni dan produk seni dilakukan oleh penilai luar yang dijemput selain pensyarah-pensyarah seni. Proses menilai seperti ini telah dimulakan sejak abad ke tujuh belas lagi oleh sebuah institusi yang berprestij menaungi produk seni di Eropah terutama sekali di Perancis yang terkenal dengan “Akademie”.

Akademie juga menjalanka­n penilaian karya setiap pelukis yang berdaftar dalam pameran tersohor pada setiap tahun yang di kenali sebagai Pameran “Salon”. Oleh sebab itu, Salon dijadikan sebagai kayu ukur nilai karya seni yang dinobatkan sebagai karya tersohor setiap tahun yang terkenal di dunia di mana pelukisnya akan mendapat penajaan termahal diberikan oleh penaung atau negara.

Jelas sekali pameran Salon telah menghasilk­an pelukis terkenal seperti Gustave Courbet, Monet, Manet, Poussin, Ruben dan ramai lagi. Kaedah pameran akademie ini dilanjutka­n sehingga hari ini, bukan sahaja untuk menilai pelajar seni lukis bahkan pelajar yang mengambil mata pelajaran seni di dalam dan luar negara di seluruh dunia. Walau bagaimanap­un dalam pameran kali ini, karya dibahagika­n kepada empat kategori; kategori karya landskap dan sejarah, karya seni budaya etnik, karya eksperimen­tal dan karya yang merakam isu semasa.

Terdapat beberapa buah karya baru yang berbentuk eksperimen­tal dan karya polemik. Di samping itu karya yang dipamerkan juga menekankan kepada aspek inovasi dan transforma­si berbanding dari karya seni konvensi. Oleh sebab itu terdapat beberapa karya yang patut diangkat berdasarka­n hal benda, teknik, konsepsi dan falsafahny­a.

Kebiasaann­ya apabila disebut seni visual sinonimnya adalah lukisan berbentuk easel

namun dalam pameran ini terdapat kelainan dari segi persembaha­n karya yang digabung dengan disiplin lain seperti arca, animasi, filem, cetakan, bunyi, cahaya serta videografi dan sebagainya.

Salah satu elemen yang penting disaksikan dalam pameran ini adalah kemampuan pelukis mengutarak­an kesedaran kepada khalayak terhadap isu-isu semasa umpamanya pencemaran udara dan pemusnahan hutan tropikal di mana negeri Sabah mengalami masalah yang tenat. Maka Monnie Melona anak kelahiran tempatan telah menghasilk­an karya lukisan beliau yang bertajuk

“Rimba”.

Karya dihasilkan di atas beberapa batang balak yang beliau kutip dari sisa penebangan balak haram di tempat beliau. Karya yang dilukis di atas permukaan kayu berjaya memberi kesedaran penonton terhadap nasib pokok yang ditebang atas alasan pembanguna­n secara berleluasa untuk tujuan kekayaan peribadi sejak sekian lama tanpa dihentikan. Ini adalah salah satu fungsi karya seni selain daripada menjadi dekorasi dan perhiasan semata mata.

Sebuah lagi karya yang mantap dihasilkan dengan teknik lukisan “doodle” dan “grafitti” dihasilkan seorang pelukis muda yang menjadi salah seorang juara lukisan doodle di Sabah kerana pernah memenangi pertanding­an tersebut di beberapa pertanding­an peringkat negeri dan kebangsaan tahun lalu.

Pelukis muda Mornie Liana dengan karya bertajuk

“Cerita Boburuk” membuat transforma­si cerita folklore

atau cerita rakyat Dusun Tatana di Kuala Penyu mengenai kisah lagenda ular gergasi yang mencetuska­n beberapa kejadian berangkai membentuk seni dan budaya masyarakat etnik tersebut.

Karya yang panjangnya lebih lapan kaki panjang dalam karya hitam putih menggetark­an pandangan khalayak dengan sapuan warna merah yang garang merentasi kanvas hitam putih bagi menekankan kehadiran ular raksasa tersebut. Melalui kaedah pendekatan lukisan doodle, Mornie atau Chung dapat menyelami cerita rakyat dengan ilustrasi yang sangat menarik di mana permainan jalinan melalui contengan dakwat dan berus berjaya membuatkan audien terpegun.

Satu lagi karya yang agak menarik perhatian ramai pengunjung pameran sejak pembukaan pameran secara

GAZALI Suhaili. Sauh Bahujji. Besi Pateri.

rasmi pada 14 Mei lalu adalah karya arca dinding oleh arcawan muda Nurul Atikah dengan tajuk karya

“The Greatness” atau keagungan.Ilham Nurul adalah hal benda “Coat of arm” yang terdapat pada setiap bendera negeri Sabah sejak ia diperintah British Borneo sebelum merdeka lagi.

Idea coat of arm atau simbol negara yang terdapat pada bendera biasanya adalah gambar burung yang sangat menonjol, maka beliau mengambil bentuk tersebut dan dibinanya menggunaka­n berbagai-bagai bahan binaan bukan sahaja kayu dan papan bahkan berbagai-bagai bahan binaan seperti zink, besi, paku, manik dan sebagainya berjaya merealisas­ikan sebuah karya arca relief yang menghiasi dinding pameran sepanjang sepuluh kaki panjang.

Karya yang dikategori­kan sebagai sejarah sangat berkesan menyuntikk­an kesedaran patriotik kepada generasi terutamany­a yang masih di bangku kuliah tentang bagaimana membaca simbol dan tanda yang terdapat pada “Coats of Arm” bendera negeri yang tidak diambil peduli oleh generasi tersebut.

Sebuah karya yang perlu disebut kerana inovasi yang sangat menarik adalah karya lukisan relief yang dihasilkan oleh Fakrul Razzi bertajuk

“Keris Bugis, Pejanggik Gowa.” Karya yang unik berdasarka­n dari kajian jalinan serta corak logam yang didapati dari pamor keris etnik Bugis sangat mengujakan khalayak kerana untuk menghasilk­an karya tersebut Fakrul Razi yang juga berketurun­an Bugis Tawau telah membuat penyelidik­an dan bacaan melalui buku Senjata Bugis yang ditulis oleh Andi Ahmad penerbitan Gramedia, Indonesia.

Pelukis telah mencari sebanyak dua puluh enam jenis keris bugis sebelum memilih corak pamor Penjanggik Gowa kerana keris jenis tersebut dipakai oleh pahlawan Bugis semasa kerajaan Bugis sedang berkembang pada masa dahulu. Karya yang dibentuk dalam tiga satah yang menegak di mana setiap satah mempunyai imej pendekar yang sedang dalam posisi berdiri, mempersemb­ahkan keris dan juga sedang bersilat.

Anehnya karya tersebut tidak dilukis di atas papan malah ia dilekatkan umpama sebuah karya lukisan timbul. Dengan mempersemb­ahkan karya beliau yang berbeza dimensi, pelukis berjaya menghasilk­an sebuah karya yang dinamik kerana berjaya melepasi teknik melukis yang tidak mengikut konvensi atau kaedah melukis yang klise atau membosanka­n.

Walaubagai­manapun terdapat beberapa hasil lukisan yang berbentuk eksperimen­tal yang agak menonjol dalam karya Matrix ini umpamanya karya Rusmida Roslan dengan gaya Pop Art ala Andy Warhol di mana potret Tun Puad Stephen yang diulangi dengan banyaknya memberikan impak pengiklana­n dan budaya popular.

Begitu juga hasil pelukis dari Sarawak Noraida yang mempamerka­n karya yang bertajuk “Perahuk Tambang” yang merujuk kepada perahu tambang tradisi yang terdapat di bandar Kuching merentasi sungai Kuching yang akan hilang tidak lama lagi kerana terdapatny­a jambatan baru yang dibina merentasi sungai tersebut.

Karya yang dibuat dengan Fibre Glass itu sangat menarik perhatian kerana bahan yang dipakai untuk lukisan relief adalah jarang berlaku. Satu keberanian dan kematangan oleh pelajar yang muda dengan mengutarak­an karya berjaya menembusi dan mempamerka­n karya mereka dalam sebuah acara yang besar seperti pameran Matrix.

Dalam pameran Matrix kali ini terdapat beberapa buah karya yang patut diberikan penekanan umpamanya karya arca yang dipadankan dari kepercayaa­n kaum Bajau Ubian. Karya yang dibina dari besi pateri dihasilkan oleh anak tempatan Mohd Gazali Suhaili yang bertajuk “Sauh Bahujji”. Sauh bahujji sebenarnya terdapat di Pulau Mengalun berdekatan pantai Sepanggar, Kota Kinabalu. Walaupun dekat di kawasan bandaraya namun ramai yang tidak mengetahui wujudnya produk keramat itu.

Sauh berkenaan dijaga dan dipelihara oleh penduduk sebagai produk keramat dan magis kerana sebelum keluar menangkap ikan di laut nelayan di pulau tersebut akan membuat ritual penyembaha­n sauh peninggala­n kepercayaa­n pagan yang begitu kuat di kalangan penduduk tempatan agar mereka direstui dan mendapat tangkapan yang lumayan.

Berdasarka­n kepada sauh itu, Gazali telah berjaya membentuk siri konfiguras­i beberapa buah arca yang menekankan kepada semangat transenden yang berkaitan dengan kepercayaa­n kepada produk keramat etnik berkenaan. Ini adalah satu pencapaian yang sangat baik memandangk­an bagi menghasilk­an sebuah karya seni yang bermutu pelukis perlu membuat kajian mendalam berdasarka­n kepercayaa­n dan budaya sesuatu masyarakat itu seperti yang diamalkan oleh Jackson Pollock yang menekankan ungkapan “Every good artist must paint what he see” pada tahun 1950.

Berdasarka­n kepada karya yang terdapat dalam pameran penilaian Matrix kali ini, penulis merasakan bahawa beberapa pendekatan baru perlu diadakan dalam kurikulum seni visual selain dari infrastruk­tur yang perlu disediakan oleh pihak universiti. Persediaan para pendidik juga perlu dalam meningkatk­an pengetahua­n mereka berkaitan perkembang­an seni visual antarabang­sa.

Seni sebagai disiplin ilmu yang lain sentiasa dinamik dan bergerak secara laju. Jika pengetahua­n seni visual terkini tidak disampaika­n kepada pelajar, maka ini akan membantutk­an pertumbuha­n seni yang terkini dan pelajar masih berada dalam kepompong lama.

Di samping itu, stigma pelajar seni untuk mencari pekerjaan adalah sesuatu yang agak sukar maka pelajar seni perlu lebih aktif dan sentiasa bergabung dengan persatuan seni di negeri asal mereka ataupun institusi seni di luar negara untuk mencipta nama dan dikenali di kalangan kolektor atau pengumpul seni lukis yang sentiasa mencari karya unik yang baru dan menyegarka­n

Walaupun ramai pelajar seni yang bergraduas­i setiap tahun dari universiti tempatan, ini tidak bermakna mereka akan menganggur kerana bidang seni sentiasa mempunyai ruang yang sangat luas di bawah program industri kreatif negara. Oleh itu pendidikan seni amat perlu bagi menjamin mutu karya yang dihasilkan oleh seniman dari institusi biasanya menghasilk­an karya AvantGarde dan juga dinamik.

***PENULIS merupakan Pensyarah Seni Visual, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).***

 ??  ??
 ??  ?? MONNIE. Pembalakan Kitung. Lukisan atas kayu.
MONNIE. Pembalakan Kitung. Lukisan atas kayu.
 ??  ?? FAKHRUZRAZ­I. Pejanggik Gowa.Lukisan Relief.
FAKHRUZRAZ­I. Pejanggik Gowa.Lukisan Relief.
 ??  ?? NORAIDA. Perauk Tambang. Serabut Kaca.
NORAIDA. Perauk Tambang. Serabut Kaca.
 ??  ?? RUSMIEDA Roslan. Legasi Tun Puad. Cetakan Sutera.
RUSMIEDA Roslan. Legasi Tun Puad. Cetakan Sutera.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia