Utusan Borneo (Sabah)

Semua Ahli Parlimen BN negeri akan dapat peruntukan

Jumlah yang diterima sama seperti peruntukan tahunan yang diperolehi setiap Adun BN di Sarawak: Abang Johari

-

KUCHING: Kerajaan negeri akan memberikan peruntukan tahunan kepada semua 19 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari negeri ini yang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, setiap Ahli Parlimen tersebut akan menerima peruntukan sama seperti yang diperolehi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di negeri ini.

Peruntukan tersebut meliputi, projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM1 juta, projek transforma­si luar bandar (RTP) sebanyak RM5 juta dan RM250,000 lagi bagi Pusat Khidmat Parlimen masing-masing.

“Ya, kita akan memberikan peruntukan yang sama kepada mereka seperti yang diperolehi oleh Adun di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Web e-Cemetery dan Pengagihan BuburMasja-Sadipekara­ngan Masjid Jamek Negeri di sini, pada Jumaat.

Ditanya mengenai bila mesyuarat antara parti komponen BN mengenai hala tuju dan kedudukan mereka, Abang Johari berkata ia akan diadakan selepas bulan Ramadan ini.

Buat masa ini katanya, beliau mahu memberikan tumpuan kepada ibadah Ramadan dan mesyuarat mengenai hala tuju serta cadangan pembentuka­n parti gabungan baharu Sarawak akan dimaklumka­n pada satu tarikh yang sesuai nanti.

Terdahulu, ketika berucap pada majlis itu, Abang Johari mengingatk­an umat Islam di negeri ini supaya memelihara perpaduan di kalangan mereka.

Perpaduan yang utuh antara umat Islam di negeri ini katanya, menjadi kekuatan serta menyumbang kepada pembanguna­n negeri ini.

Bagi menjaga kebajikans­erta kepentinga­n masyarakat Islam di negeri ini, kerajaan katanya juga akan membangunk­an semua masjid di seluruh negeri .

“Tidak lama lagi bangunan Lembaga Amanah Kebajikan Masjid Negeri Sarawak (LAKMNS) yang terletak dekat Bangunan Masja di sini bakal siap, kita juga menaik taraf Masjid Bahagian dan tidak lama lagi akan merasmikan Masjid Terapung kita.

“Ini semua berkat kerja kita bersama dan kita juga akan baik pulih masjid di Sibu dan juga di Matu serta luar bandar yang lain,” katanya yang juga Pengerusi LAKMNS.

Turut hadir, Setiausaha Kehormat LAKMNS Tan Sri Bujang Mohd Nor, Menteri Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah serta yang lain.

“Peruntukan tersebut meliputi, projek kecil luar bandar (MRP) berjumlah RM1 juta, projek transforma­si luar bandar (RTP) sebanyak RM5 juta dan RM250,000 lagi bagi Pusat Khidmat Parlimen masing-masing. ” DATUK PATINGGI ABANG JOHARI TUN OPENG Ketua Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia