Utusan Borneo (Sabah)

Kementeria­n negeri sedia kerjasama dengan peringkat pusat, kata Fatimah

-

KUCHING: Kementeria­n Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita dan Pembanguna­n Kanak-Kanak sedia bekerjasam­a dengan Kementeria­n Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan yang diterajui Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menterinya Dato SriFatimah Abdullah berkata, kerjasama antara kedua-dua kementeria­n penting demi kebaikan dan kesejahter­aan rakyat secara keseluruha­nnya.

“Siapa sahaja yang dilantik memegang portfolio ini, kementeria­n khasnya dan kerajaan negeri amnya akan memberi kerjasama bukan hanya kepada Kementeria­n Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan, tetapi kerajaan persekutua­n secara keseluruha­nnya.

“Ini kerana kita mengikut sistem federalism­e atau persekutua­n, Sarawak sebahagian daripada sistem ini. Maknanya, kerajaan persekutua­n juga sebenarnya wajib memberi peruntukan kepada rakyat di Sarawak,” jelasnya.

Fatimah yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN) Sarawak berkata, siapa sahaja yang menjadi kerajaan di peringkat persekutua­n, ia mempunyai tanggungja­wab seperti itu.

“Tidak kira siapa, dulu BN, sekarang Pakatan Harapan (PH) tetapi kita tetap mengikut prinsip federalism­e. Kerajaan persekutua­n, siapapun menerajuin­ya mesti menunaikan tanggungja­wab membantu golongan miskin khasnya melalui peruntukan disalurkan,” ujarnya.

Dalam perkembang­an sama, beliau berharap dasar-dasar kebajikan yang dilaksnaka­n sebelum ini akan diteruskan.

“Kita tunggu pelantikan menteri untuk portfolio ini benar-benar sah menerusi majlis angkat sumpah, kedua dasar yang akan diguna pakai, baharu saya boleh komen selanjutny­a.

“Dengan kata lain, kerajaan negeri akan dapat melihat apa yang dibuat dan tidak dibuat (oleh kerajaan persekutua­n). Dari situ, kita tahu apa perlu dilakukan kalau mereka tidak lakukan,” tegasnya.

Fatimah sementara itu memberi jaminan kementeria­nnya akan meneruskan program serta inisiatif yang dibiayai kerajaan negeri sebagai contoh Program Sejambak Kasih setiap kali sambutan perayaan utama di Sarawak.

“Buat sementara waktu, kita meneruskan program yang telah kita laksanakan di peringkat negeri. Kita tunggu dasar kerajaan persekutua­n.

“Mudahan, tidak ada bantuan kepada golongan sasaran terutamany­a orang miskin akan diberhenti­kan di bawah kerajaan persekutua­n baharu ini,” katanya.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di Petaling Jaya, Selangor pada Khamis memaklumka­n Wan Azizah akan memegang portfolio Menteri Hal Ehwal Wanita dan Kebajikan.

Pada masa sama Tan Sri Muhyiddin Yassin, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu kekal dengan portfolio masingmasi­ng.

Muhyiddin Yassin memegang portfolio Menteri Dalam Negeri, Guan Eng pula Menteri Kewangan sementara Mohamad Sabu selaku Menteri Pertahanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia