Utusan Borneo (Sabah)

Bazar Ramadan landasan anak muda ceburi bidang perniagaan

-

KUCHING: Bazar Ramadan yang dibuka setiap kali Ramadan memberi peluang kepada masyarakat khasnya anak-anak muda menceburka­n diri dalam bidang perniagaan, kata Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi.

Ini kerana katanya, bazar Ramadan dapat menjadi plaform atau landasan untuk masyarakat meraih pengalaman awal sebelum mengorak langkah dengan mengembang­kan perniagaan.

“Bermula daripada situ, saya percaya mereka bukan sahaja dapat menjana pendapatan hasil barangan atau produk yang dijual tetapi pada masa sama, dapat mengenali secara dekat peluang yang ada mahupun menjalin rangkaian perniagaan dengan peniaga lain,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Berambeh Ramadan D’MYDIN ‘Bazar Ramadan’ di Kuching, pada Khamis.

Sebanyak 100 gerai menjual pelbagai juadah berbuka puasa dibuka di pekarangan Pasar Raya Besar MYDIN Petra Jaya di sini, sepanjang Ramadan ini.

Sehubungan itu, Dr Abdul Rahman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pantai Damai menyaranka­n pihak penganjur supaya menjadikan bazar Ramadan itu sebagai acara yang lebih meriah dan mempunyai kelainan berbanding bazar-bazar Ramadan di tempat lain.

“Ini penting untuk menarik lebih ramai kedatangan pengunjung berkunjung ke sini (bazar Ramadan) sambil membeli juadah makanan dan minuman yang ditawarkan oleh para peniaga,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Abdul Rahman turut memuji Kangen Group dan MYDIN Petra Jaya kerana berjaya menganjurk­an bazar Ramadan yang menyediaka­n kemudahan untuk peniaga atau penjaja kecil berniaga di sini.

 ??  ?? DR ABDUL Rahman merasmikan Berambeh Ramadan D’MYDIN ‘Bazar Ramadan’ di Kuching.
DR ABDUL Rahman merasmikan Berambeh Ramadan D’MYDIN ‘Bazar Ramadan’ di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia