Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan negeri diharap terus dapat perhatian

-

KUCHING: Pembanguna­n pendidikan di negeri ini terma sukisuseko lahdaif perlu terus diberi perhatian oleh kerajaan baharu persekutua­n di bawah pemerintah­an Pakatan Harapan (PH).

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidik­an Teknologi Sarawak Dato Sri Michael Manyin Jawong berkata, bidang pendidikan adalah untuk semua orang.

Justeru, beliau berharap soal pendidikan tidak akan dipolitikk­an oleh kerajaan baharu persekutua­n pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Meskipun soal pendidikan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan persekutua­n, tetapi banyak institusi pendidikan yang diwujudkan di negeri ini adalah di bawah Senarai Negeri.

“Antaranya, Universiti Teknologi Swinburne, Curtin Sarawak dan banyak lagi pusat latihan teknikal dan vokasional (TVET) yang mana adalah di bawah bidang kuasa negeri.

“Sebab itu, kita telah mewujudkan kementeria­n ini di peringkat negeri bagi mendukung usahausaha kerajaan persekutua­n membangunk­an bidang pendidikan di negara ini menerusi Kementeria­n Pelajaran Malaysia (KPM),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi semalam bagi mengulas mengenai soal pendidikan negeri susulan kerajaan baharu persekutua­n diterajui PH.

Tambah Manyin, Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri mempunyai hak untuk sesiapa sahaja sebagai Menteri Pelajaran dan kerajaan negeri tidak boleh campur tangan dalam soal dasar dan polisi mereka.

Tetapi katanya, kementeria­nnya yang menjaga hal pendidikan di negeri ini akan bekerjasam­a dengan Menteri Pelajaran Malaysia yang baharu demi kepentinga­n rakyat di negeri ini.

“Kita di peringkat kerajaan negeri sedia menjalinka­n kerjasama dengan KPM di peringkat persekutua­n untuk memastikan apa yang kita rancangkan berjalan seperti yang dirancang,” katanya.

Ditanya mengenai pembanguna­n sekolah daif di negeri ini, Manyin berkata, Sarawak telah diperuntuk­kan RM1 bilion oleh kerajaan terdahulu bagi tujuan itu.

Justeru katanya, pihaknya akan memantau rapi projekproj­ek sekolah daif di negeri ini agar berjalan mengikut perancanga­n.

 ??  ?? MANYIN
MANYIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia