Utusan Borneo (Sabah)

Aktiviti pasaran kewangan dalam negara terus beroperasi dengan berkesan

-

KUALA LUMPUR: Aktiviti pasaran kewangan dalam negara Malaysia berterusan beroperasi secara berkesan sewaktu minggu pertama selepas pilihan raya umum, yang mencatatka­n jumlah dagangan urus niaga FX purata harian yang baik berjumlah AS$15 billion (AS$1 = RM3.97).

Kesan kadar turun naik AS$/ MYR satu bulan susut kepada purata 5.6 peratus untuk minggu berkenaan berbanding tahap tinggi 5.9 peratus pada pra pilihan raya, menunjukka­n keyakinan berterusan pelabur terhadap pasaran Malaysia, kata Jawatankua­sa Pasaran Kewangan (FMC).

Untuk minggu berkenaan, ringgit diniagakan dalam jajaran kecil pada tahap antara 3.94 dan 3.98, sejajar dengan prestasi dan jangkaan mata wang serantau, kata FMC dalam satu kenyataan kelmarin.

Menurut FMC, pasaran bon kerajaan kekal disokong oleh pelabur institusi tempatan.

“Hasil untuk 5 dan 10 tahun penanda aras Sekuriti Kerajaan Malaysia diniagakan sehingga 10 mata asas kepada masing-masing rekod 3.89 peratus dan 4.18 peratus, sejajar dengan peningkata­n hasil Perbendaha­raan Amerika Syarikat,” tambah FMC.

Keseluruha­n pasaran bon sekunder merekodkan purata dagangan harian yang baik berjumlah RM4.4 bilion untuk bulan sehingga kini pada Mei berbanding RM3.4 bilion secara purata untuk Januari hingga 18 Mei, 2018.

Mekanisma pasaran berterusan berkesan dengan kecairan yang mencukupi untuk menyokong urus niaga pasaran. Bank Negara Malaysia (BNM) akan berterusan memantau perkembang­an pasaran dan akan memastikan bahawa kesemua perniagaan dan keperluan urus niaga dicapai oleh pasaran kewangan,” katanya.

FMC adalah jawatankua­sa yang ditubuhkan BNM pada Mei 2016 yang mengandung­i wakil BNM, institusi kewangan, syarikat, penyedia perkhidmat­an kewangan dan institusi lain yang mempunyai peranan penting dan pembabitan dalam pasaran kewangan.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia