Utusan Borneo (Sabah)

Sutera Harbour Resort perkenal Selera Kampung sepanjang Ramadan

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Sempena dengan bulan Ramadan tahun ini, Sutera Harbour Resort memperkena­lkan bazarnya tersendiri yang menghidang­kan menu terkenal berkonsepk­an Selera Kampung.

Promosi itu bermula pada jam 6 petang setiap hari yang menawarkan harga RM128 kepada orang dewasa dan RM64 kanak-kanak (6 sehingga 12 tahun sahaja).

Promosi yang diadakan itu memerlukan pelanggan untuk menempah lebih awal bagi melancarka­n lagi suasana berbuka puasa pada ketika itu.

Mereka yang menjadi ahli kepada pusat penginapan

ANTARA hidangan yang disediakan.

berkenaan, boleh menikmati tawaran diskaun sebanyak 25 peratus.

Tawaran khas diskaun 20 peratus turut diberikan kepada pelanggan yang menempah lebih daripada 20 orang sekali datang. Bagaimanap­un tawaran itu hanya sah kepada mereka yang datang bersama pada waktu dan hari yang sama.

Antara hidangan yang ditawarkan adalah seperti air bandung, air tebu, Dalca Tulang Kambing, Kambing Bakar ala Arab, Roti Arab, lemang, serunding daging, Nasi Kandar, Nasi Kerabu dan banyak lagi makanan yang menyelerak­an.

Selera Kampung dibuka di Grand Ballroom The Pacific Sutera Hotel bermula jam 6 petang dan berakhir pada 10.30 malam setiap hari dalam bulan Ramadan.

Untuk tempahan boleh berhubung pada talian 088 318 888.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia