Utusan Borneo (Sabah)

AirAsia cari usahawan teknologi terbaik Asean

-

KUCHING: AirAsia, rakan strategik bagi Pitch@Palace Asean 1.0, kini mencari usahawan teknologi terbaik di ASEAN.

Menurut kenyataann­ya semalam ia ditubuhkan oleh Duke of York pada tahun 2014, Pitch@Palace berfungsi sebagai sebuah platform untuk menggalakk­an dan mempercepa­tkan sektor keusahawan­an.

Pitch@Palace Asean 1.0 merupakan edisi pertama di rantau ini, menjemput para usahawan dan syarikat permulaan untuk mengambil bahagian dalam program berprestij tersebut.

Usahawan yang terpilih akan menerima bimbingan dan peluang untuk berhubung dengan para penyokong seperti Ketua Pegawai Eksekutif, pelabur, mentor, rakan niaga dan ramai lagi.

Peserta juga akan dibimbing dan dinilai oleh pihak pengurusan utama AirAsia, termasukla­h Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Kumpulan AirAsia X, Tan Sri Tony Fernandes.

“Kami amat yakin akan potensi Asean. Dengan lebih daripada 630 juta rakyat dan ekonomi ketujuh terbesar di seluruh dunia, tidak dinafikan bahawa Asean akan menjadi nadi untuk syarikat permulaan.

“Lihatlah kejayaan syarikat syarikat tempatan seperti BandLab dari Singapura, Grab dari Malaysia dan Go-Jek dari Indonesia.

“Selaras dengan komitmen AirAsia dalam sektor digital, kami berharap Pitch@Palace ASEAN 1.0 yang bertemakan ‘Inovasi dan Teknologi’ akan menemui usahawan teknologi unik di Asean dan seterusnya menjadi pemain global,” katanya semalam.

Pitch@Palace Asean 1.0 akan diadakan di Marina Bay Sands, Singapura, pada 5 Jun ini.

Dengan tema ‘Inovasi dan Teknologi’ menjemput semua peserta dari kategori yang berkaitan dengan teknologi. Syarikat permulaan bagi semua peringkat amat dialu-alukan untuk memohon.

Pitch@Palace Asean bertujuan untuk menyokong para usahawan yang telah mengenal pasti peluang dalam bidang-bidang berikut: Bioteknolo­gi dan Teknologi Perubatan, Teknologi Pengguna dan Internet Saling Berhubung, Keselamata­n Siber, Pengurusan Data dan Analisis, Teknologi Pendidikan, Bandaraya Pintar, Teknologi Tenaga, Alam Sekitar dan Teknologi Yang Boleh Diperbahar­ui.

Juga Teknologi Kewangan, Teknologi Kecergasan, Teknologi Kesihatan dan Kesejahter­aan, Teknologi Perindustr­ian, Bahan-bahan dan Produk Sampingan Teknologi Media, Komunikasi dan Hiburan, Robotik, Kecerdasan Buatan dan Realiti Maya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia