Utusan Borneo (Sabah)

Horizon perkenal juadah kampung sempena Ramadan

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU : Pastinya kerinduan kampung halaman akan terubat setelah berpeluang menikmati juadah kampung dan tradisiona­l yang hanya terdapat di Deco & Cafe Grill Hotel Horizon.

Dengan memperkena­lkan konsep ‘Selera Ramadan’, hotel yang terletak di tengah pusat bandar itu sudah semestinya menjadi pilihan ramai untuk berbuka puasa.

Bukan sahaja dikunjungi pelanggan beragama Islam, malah, pelanggan dari pelbagai latar belakang juga turut mengambil peluang merasai kenikmatan hidangan kampung yang ditawarkan di hotel berkenaan.

Lebih 70 hidangan ditawarkan termasukla­h hidangan utama iaitu daging kambing golek, Sup tulang dan salad.

Turut menjadi tarikan pengunjung adalah set hidangan ulam-ulaman, kuih muih dan sebagainya.

Setiap tempahan bufet hanya berharga RM90nett bagi dewasa, manakala, RM58nett bagi kanakkanak.

Pada masa sama, Restoran Asian yang terletak di bahagian kiri hotel itu juga menawarkan bufet berbuka puasa dengan hidangan dim sum beserta kurma dan air bandung bermula 15 Mei hingga 14 Jun depan.

Pihak hotel menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus bagi setiap tempahan bermula Isninhingg­a Jumaat, manakala potongan harga sebanyak 10 peratus bagi hari Sabtu, Ahad dan cuti umum.

Lebih istimewa, hotel berkenaan turut menyediaka­n parkir percuma kepada pelanggan bermula jam 5 petang hingga 10 malam sepanjang tempoh berkenaan.

Maklumat lanjut boleh hubungi di talian 088 518000 (sambungan 2508 : Restoran Asian) atau (2515 : Deco & Cafe Grill).

 ??  ?? SUASANA Deco & Cafe Grill Hotel Horizon.
SUASANA Deco & Cafe Grill Hotel Horizon.
 ??  ?? PENGURUS Besar Hotel Horizon Stella Chong K.Y (lima,kiri) bersama kakitangan lain merakam gambar kenangan.
PENGURUS Besar Hotel Horizon Stella Chong K.Y (lima,kiri) bersama kakitangan lain merakam gambar kenangan.
 ??  ?? PEMANIS mulut.
PEMANIS mulut.
 ??  ?? DAGING kambing golek.
DAGING kambing golek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia