Utusan Borneo (Sabah)

Assafal tekad bawa perubahan Tungku dalam tiga fasa

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tungku, Assafal P. Alian bersemanga­t mahu berkhidmat kerana dialah anak jati yang kotakan impian Tungku.

Beliau yang menjadi pilihan 6,295 rakyat dengan majoriti undi 1,001 pada Pilihanray­a Umum Ke-14 (PRU14)ketika ditemui bertekad akan membawa perubahan yang diperlukan rakyat melalui tiga fasa pentadbira­nnya.

Pada pelaksanaa­n fasa jangka pendek, Assafal yang dilantik dalam Kabinet negeri sebagai Pembantu Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan Negeri komited mahu mengangkat status daerah kelahirann­ya itu menjadi Daerah Penuh agar pentadbira­n kerajaan berjalan dengan teratur.

Katanya, dia yakin prestasi pencapaian Daerah Kecil Tungku untuk memenuhi standard status itu memenuhi syarat dan dapat direalisas­ikan bagi menjayakan pelbagai perancanga­n transforma­si pembanguna­n daerah.

“Saya juga akan bertindak agresif untuk menyelesai­kan masalah projek bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Binuang dan Masjid Daerah Tungku yang telah lama terbengkal­ai.

“Agenda pendidikan untuk rakyat perlukan pembelaan secepatnya kerana banyak permasalah­an timbul contohnya, lebih 50 pelajar bersesak belajar dalam satu kelas sedangkan sekolah adalah pusat melahirKUA­LA kan modal insan masa depan negara,” katanya.

Selain itu, beliau berhasrat melaksanak­an konsep ‘Kontraktor Penyelamat’ bagi menyelesai­kan isu pembinaan Masjid Daerah Tungku seterusnya dana pembinaann­ya daripada pihak berkenaan antaranya melalui pelaksanaa­n Tanggungja­wab Sosial Korperat.

Pada fasa pelan sederhana, Tungku akan menikmati jaringan perhubunga­n jalan raya di persisir pantai bermula dari Kampung Dengan hinggalah ke Tambisan.

Ianya bukan sekadar penarik pada peningkata­n nilai kekayaan pada sumber sedia ada, membawa kemudahan infrastruk­tur asas keperluan rakyat malah menurut Assafal ianya lebih dari itu.

Katanya, jaringan jalan raya persisir pantai akan memberi peluang pembanguna­n industri pelanconga­n kerana di kawasan tersebut wujudnya gugusan pantai bernilai tinggi untuk menarik kedatangan pelancong dan pelabur asing.

Impak lainnya adalah jaringan jalan raya di persisir pantai itu juga dapat dimanfaatk­an sebagai barisan kedua pertahanan pasukan keselamata­n selain penugasan di barisan hadapan di lautan.

Assafal seterusnya mengilhamk­an satu bentuk zon ekonomi baharu yang menumpukan pada aktiviti barter trade dengan Filipina dan Indonesia agar peluang perniagaan dimanfaatk­an rakyat sepenuhnya .

“Saya juga mahu sebuah kolej universiti yang mengkhusus­kan pengajian pada industri perikanan di darat dan lautan dilaksanak­an di Tungku selain menggalakk­an industri hiliran dimajukan sepenuhnya,” katanya.

Pada jangka panjangnya pula, Assafal berkata lapangan terbang antarabang­sa akan direalisas­ikan demi kepentinga­n ekonomi dan keselamata­n.

“Saya anak kampung, mahu berkhidmat menunaikan harapan orang kampung. Saya mahu beri mereka (rakyat) kekayaan bukan dalam bentuk wang ringgit tapi nilai kekayaan sebenar dengan harapan mereka bijak dan generasi akan datang berwawasan mewarisi kekayaan itu,” katanya.

 ??  ?? ASSAFAL ketika disambut ketibaanny­a di Lapangan Terbang Lahad Datu.
ASSAFAL ketika disambut ketibaanny­a di Lapangan Terbang Lahad Datu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia