Utusan Borneo (Sabah)

Hotel Promenade raikan anak yatim, media dalam majlis berbuka puasa

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Hotel Promenade Kota Kinabalu turut memuliakan kehadiran bulan Ramadan dengan meraikan 24 anak-anak yatim dan media dalam satu majlis Berbuka Puasa Bersama Kanak-Kanak Rumah Anak Yatim Tambunan dan Media, di Cafe Promeande pada Jumaat.

Paling menarik, penghuni Rumah Anak Yatim itu juga mendapat tajaan penginapan satu malam di mana mereka juga disediakan sahur secara buffet oleh pihak hotel.

Selain itu, anak-anak itu berpeluang melihat dari dekat mengenai industri perhotelan melalui `Hotel Educationa­l Tour’ yang bertujuan untuk memberi pendedahan mengenai peluangpel­uang kerja dalam industri hotel.

Mereka dibawa melawat Front Office, dapur utama, keselamata­n, kejurutera­an, housekeepi­ng, pastry dan lounge.

Ketika majlis berbuka puasa, anak-anak RAY itu menikmati lebih 200 juadah bertaraf antarabang­sa termasuk 17 masakan selebriti terkenal, Chef Ismail selain makanan istimewa Promenade iaitu Ekor Asam Pedas ala Promenade, Udang Masak Sambal Petai, Kari Kepala Ikan yang disediakan Chef HAFIZAN dan Anita mengagihka­n sumbangan hari raya kepada penghuni RAY Tambunan. Mohd Firdaus Abdullah.

Kemudahan untuk menunaikan solatsuna tTerawihju­ga disediakaa­n di Bilik Teratai Tingkat 2.

Anak-anak yatim itu juga menerima hadiah hari raya dan duit raya yang disampaika­n Pengurus Besar Hafizan Wong dan Pengarah Kumpulan Jualan dan Pemasaran, Puan Anita Chung.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia