Utusan Borneo (Sabah)

Hormati keputusan jailani letak jawatan, kekalkan perpaduan: Ahmad Razif

-

KUALATEREN­GGANU: Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Negeri Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menghormat­i pendirian Datuk Seri Jailani Johari yang meletak jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Terengganu.

Beliau yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir berkata keputusan itu adalah hak peribadi Johari tanpa sebarang paksaan.

Mengenai desakan Johari supaya beliau turut mengundurk­an diri juga adalah hak Johari dalam melahirkan pendapat berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) namun memutuskan tidak akan berbuat demikian ketika ini.

“BNT erenggan usedang melakukan bedah siasat berkenaan perkara tersebut dan ia tentunya akan mencapai kata putus tidak lama lagi.

Namun buat masa ini, mengundurk­an diri daripada tanggungja­wab memulihkan parti secara tergesa-gesa bukanlah tindakan tepat apatah lagi semua pihak berada dalam keadaan getir dan perlu bersama-sama menggalas tanggungja­wap kerana masih ada rakyat yang menyokong serta memilih BN,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini pada Jumaat.

Ahmad Razif yang merupakan bekas Menteri Besar Terengganu turut menyeru supaya anggota yang masih setia untuk terus bersama-sama menharungi cabaran mendatang.

“Marilah kita sama-sama harungi detik mencabar ini tetapi jika terdapat desakan berterusan daripada anggota parti supaya saya mengundurk­an diri, biarlah ia dibuat dengan cara istiqomah seiring semangat berpasukan yang sentiasa bersama di saat suka dan duka,” katanya.

Sementara itu Anggota Parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid mendakwa tindakan Jailani yang mendesak Ahmad Razif meletak jawatan tidak ubah seperti meludah ke langit.

“Oleh itu, tidak adil meminta supaya Ahmad Razif menanggung semua beban kekalahan parti kerana sebagai timbalan (Jailani) dia juga memikul tanggungja­wab besar untuk memantap dan memperkuku­hkan jentera BN bukan sahaja di Hulu Terengganu tetapi seluruh negeri,” katanya.

Jailani yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia menyuaraka­n desakan itu selepas mengumumka­n pengundura­nnya sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubunga­n Umno Terengganu dan Ketua Bahagian Umno Hulu Terengganu pada Mesyuarat Berkelompo­k dan Sayap Umno pada Jumaat.

Namun begitu, nada berbeza diutarakan oleh bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Ajil), Ghazali Taib yang menganggap bahawa Jailani mempunyai hak sebagai ahli yang bebas untuk mengutarak­an pendapat terhadap parti.

Sungguhpun begitu, beliau berpendapa­t peletakan jawatan Ahmad Razif bukanlah penyelesai­an terbaik kerana kekalahan BN bukan sahaja di Terengganu malah di seluruh negara yang memperliha­tkan penolakan rakyat terhadap parti keramat orang Melayu secara kolektif.

“Namun begitu, ada juga sedikit kebenarann­ya dalam kata-kata beliau (Jailani) kerana sedari awal ada calon yang diletakkan itu bermasalah dan sudah ditolak rakyat. Kesilapan Umno adalah dari peringkat bawahan membawa ke peringkat atasan. Silap yang sikit-sikit ini akhirnya terkumpul menjadi banyak lalu mebawa kekalahan teruk kepada BN.

Selain itu banyak sangat masalah dalaman seperti pengkhiana­tan , sabotaj, tiadanya semangat setiakawan dan politiking yang sangat kuat sehingga menyebabka­n masingmasi­ng gagal memberikan komitmen 100 peratus dalam menghadapi PRU14. Kesilapan yang BN buat adalah secara kolektif…oleh itu hukuman yang rakyat beri juga adalah secara kolektif.

Sehubungan itu, Ghazali meminta supaya semua pihak tidak lagi menuding jari sesama sendiri, bermuhasab­ah dan mencari jalan terbaik untuk memulih serta menguatkan parti bagi menghadapi cabaran akan datang.-

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia