Utusan Borneo (Sabah)

Nasi Ayam Berempah Padang jadi tumpuan

- Oleh SADDAM EDRIS

SIAPA sangka, baru dua tahun menjual hidangan Nasi Ayam Berempah Padang, Normiayati Mat Tiasa, 40, terus menjadi perhatian orang ramai yang mengunjung­i Bazar Ramadan yang terletak di Jalan Dataran Deasoka.

Resepi turuntemur­un dari ibunya itu terus memikat hati pengunjung yang singgah di bazar berkenaan untuk dijadikan juadah berbuka puasa.

Tinjauan Utusan Borneo mendapati, orang ramai kelihatan berpusu-pusu membanjiri sekitar gerainya supaya tidak kehabisan juadah istimewa dari negara jiran Indonesia itu.

Normiayati berkata, bermula tahun lepas, beliau sama sekali tidak menduga mendapat sambutan yang cukup memberangs­angkan.

“Sama seperti tahun ini, resepi ibu saya terus menjadi idaman orang ramai sehingga ada yang awal lagi menghubung­i saya untuk mengetahui lokasi gerai saya di bazar ini.

“Mereka (pengunjung) cukup berpuas hati dengan keenakkan Nasi Ayam Berempah Padang dan kata mereka harga yang saya kenakan juga cukup berpatutan iaitu RM6.00 sahaja,” katanya ketika ditemui di sini pada Jumaat.

Berkongsi lanjut mengenai resepi Nasi Ayam Berempah Padang beliau berkata, keunikan juadah ini ada pada sambalnya.

Hal ini kerana katanya, proses memasak sambal nasi berempah akan mengambil masa selama 6 jam.

“Inilah rahsia resepi Nasi Ayam Berempah Padang yang mana sambalnya kami masak selama 6 jam sehingga minyaknya timbul ke permukaan.

“Bukan itu sahaja, ayam pula kami perap satu hari satu malam untuk membolehka­n rempah menyerap ke seluruh bahagian ayam sebelum digoreng,” katanya.

Selain itu, beliau yang baru sahaja membuka cafe di kawasan Sadong Jaya itu turut menjual juadah lain yang asli dari Indonesia seperti Nasi Ayam Lalapan, ayam penyet, ayam madu madura dan ayam percik.

 ??  ?? NORMIAYATI mengaul ayam yang digoreng. AYAM goreng berempah.
NORMIAYATI mengaul ayam yang digoreng. AYAM goreng berempah.
 ??  ?? NORMIAYATI kelihatan melayan pelanggann­ya.
NORMIAYATI kelihatan melayan pelanggann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia