Utusan Borneo (Sabah)

Jangan panggil saya lagi: Heynckes

-

BERLIN: Jupp Heynckes melabuhkan tirai buat kali keempat selaku jurulatih Bayern Munich pada malam ini (Sabtu), dan memberi amaran kepada kelab gergasi Jerman itu untuk tidak meminta bantuannya lagi apabila dia berusia 80 tahun nanti.

Heynckes membimbing Bayern buat pertama kalinya dalam perlawanan akhir Piala Jerman menentang Eintracht Frankfurt, kelab yang dibimbing oleh pengurus Niko Kovac yang akan mengambil alih jawatan panas di Munich.

Heynckes, 73, memikul tanggungja­wab pada Oktober lalu untuk kali keempat di kelab tersebut selepas Carlo Ancelotti dipecat.

Dia mungkin akan menamatkan pembabitan­nya dengan kejuaraan liga dan kejuaraan piala selepas Bayern memenangi kejuaraan Bundesliga dengan kelebihan besar 21 mata.

“Kami mahu mempamerka­n persembaha­n yang baik untuk penyokong dan mewujudkan satu lagi acara kemuncak,” kata Heynckes.

Dia turut memberi amaran kepada Kovac, penggantin­ya pada musim akan datang.

“Ia adalah tugas sepanjang masa yang amat memerlukan tenaga,” kata Heynckes, yang memegang rekod bagi 1,037 perlawanan dalam liga Jerman sebagai pemain atau jurulatih.

“Menjadi jurulatih di Bayern adalah satu peluang yang hebat

–tetapijuga satu komitmen yang amat besar.”

Bagaimanap­un dia menegaskan dia tidak akan kembali buat kali kelima sebagai jurulatih.

“FC Bayern tidak harus meminta tolong lagi apabila saya berusia 80 tahun, itu adalah muktamad bagi saya,” kata Heynckes.

“Saya tidak akan ada simptom pengundura­n dan tidak akan bosan, saya ada banyak hobi.”

Heynckes berkata dia mengalu-alukan kesempatan untuk menonton perlawanan bola sepak sebagai penyokong bersama isterinya Iris dan anjingnya Cando di rumah keluarga di Schwalmtal, berhampira­n Moencheng ladbach.

“Itulah perkara yang menggembir­akan saya, jadi ia adalah mudah bagi saya untuk berhenti kerja.”

Heynckes menyelia sesi latihan terakhirny­a di Munich kelmarin sebelum pasukannya terbang ke Berlin untuk perlawanan akhir, dan mesejnya adalah jelas.

“Jika kita perlu mengucapka­n selamat jalan kepada jurulatih kita, kita mahu melakukann­ya dengan kejuaraan berganda,” kata

pengerusi Bayern, Karl-Heinz Rummenigge.

Sementara itu bintang Bayern, Thomas Mueller, sedang berusaha untuk kembali cergas bagi perlawanan pada malam ini kerana dia sedang mengalami gastroente­ritis.

Pemain berusia 28 tahun itu tidak menyertai latihan kelmarin manakala pemain sayap Arjen Robben, yang mengalami ketegangan pangkal paha, dan Joshua Kimmich, dengan jangkitan ringan, berlatih secara berasingan.

“Saya akan terbang ke Berlin, tetapi sama ada saya dapat bermain atau tidak masih terbuka,” kata Robben kepada akhbar harian Jerman, Bild.

Dengan sebelah mata mengintai Piala Dunia pada bulan depan, harapan utama penyokong Bayern bagi perlawanan akhir di Stadium Olimpik, Berlin, ialah agar penjaga gol dan kapten Jerman, Manuel Neuer, dapat kembali beraksi selepas bulan diketepika­n oleh keretakan kaki.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia