Utusan Borneo (Sabah)

Eder, Nani tiada dalam senarai skuad Portugal ke Rusia

-

LISBON: Dua penyerang, Eder dan Nani, tidak tersenarai dalam skuad Piala Dunia Portugal, sebaliknya jurulatih pasukan kebangsaan Fernando Santos memilih pemain muda seperti Andre Silva dan Goncalo Guedes untuk bermain di sisi pemain bintang Cristiano Ronaldo.

Turut tiada dalam skuad 23 pemain itu adalah Andre Gomes yang, seperti Eder dan Nani, bermain di kejohanan Eropah 2016 yang dimenangi pasukan Portugal.

Pemain tengah Porto yang cedera, Danilo Pereira, juga tiada dalam barisan pemain pilihan.

Pada usia 33 tahun, Ronaldo, pemenang Ballon d’Or sebanyak lima kali, dan Ricardo Quaresma, 34, merupakan dua pemain yang berusia lebih daripada 30 tahun dalam barisan serangan Portugal.

Eder menjaringk­an gol kemenangan dalam masa tambahan dalam perlawanan akhir Euro 2016 menentang Perancis tetapi prestasiny­a ternyata amat buruk bagi Lokomotiv Moscow pada musim ini, dengan menjaringk­an hanya empat gol sahaja apabila pasukan kelabnya memenangi kejuaraan Liga Perdana Rusia.

Nani, 31 dan pemain yang ketiga paling kerap mewakili negaranya di belakang Ronaldo dan Luis Figo dengan 112 penampilan, bermain dalam hanya 24 perlawanan sahaja sepanjang musim bersama Lazio.

“Dari perspektif manusia, ia sangat sukar untuk membuang pemain yang ada bersama kita di Euro 2016,” akui jurulatih berusia 63 tahun, Santos.

“Semua mereka menyumbang kepada usaha melakar lembaran yang cemerlang dalam sejarah bola sepak Portugis. Tetapi saya perlu membuat pilihan yang bagi saya membentuk teka teki yang lebih baik.”

Guedes, pemain sayap berusia 21 tahun, bermain dengan mengagumka­n sebagai pemain Valencia yang dipinjamka­n dari Paris Saint-Germain pada musim ini, selepas dia bergelut di Perancis pada musim lepas.

Andre Silva, 22, menjaringk­an lapan gol dalam 14 perlawanan sewaktu kempen AC Milan dalam Liga Europa, yang ternyata cukup untuk membolehka­nnya dipilih walaupun memulakan hanya tujuh perlawanan sahaja dalam Serie A.

Santos memilih pemain berusia 21 tahun dari kelab Benfica, Ruben Dias, buat pertama kali tetapi pemain muda Monaco, Rony Lopes, tidak terpilih walaupun menikmati musim yang cemerlang dalam Ligue 1 dengan 13 gol dari bahagian tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia