Utusan Borneo (Sabah)

PASCA PILIHAN RAYA

-

Yang dikejar tokeh papan lapis belum lagi kedai cetak belum lagi kedai runcit belum lagi kedai jahit belum lagi kedai kupi belum lagi lagi kedai farmasi belum lagi kedai 1Malaysia belum lagi kedai janji.

Yang menang pasti senang sama ada ‘tatap’ dibayar atau ini kalilah semua hutang dilangsai asalkan jangan terdengar lain kalilah tunggu bayaran deposit dikembalik­an SPR baru ada modal pusingan.

Yang tewas pasti berawas jangan lupa hantar penyata belanja lima tahun nanti bolehlah mencuba, yang menang juga perlu tahu itu, perlu siaga menjawab tanya kini dan nanti harus selari bukan ini kali menjadi lain kali. Itu janji tuan!

Jika jadi menteri atau sekadar pembantu sekali pun ikutilah pesan pemimpin ingatilah komitmen masa berkempen sentiasa siaga menjaga rakyat kerana anda hanyalah wakil yang dibahagiak­an dan dibahagika­n sebahagian kemewahan.

Mungkin bertahun menanti sekarang telah melalui, menerima dan memberi, menerima makna apa yang telah diberi, menerima keputusan mengapa tidak diundi dan bertahun mendatang apakah masih menanti, menyoal diri masihkah aku begini atau berjuang sehingga merasa makna menang.

Kalian bergelar rakyat mungkin menang kerana pemimpin anda sewajarnya menang atau parti anda parti yang sentiasa memenangi kehidupan. bergelar rakyat untuk negara kita dimakmurka­n meski tewas sekali pun dendangan rakyat harus memewahkan negara bukan individu yang luka. pemimpin yang terpimpin faham nasib dan rezeki, tanggungja­wab dan perjuangan, mereka terjun ke dalam gelora fahaman sedang kalian yang bergelar rakyat harus berfikir jangan fakir sebagai pengikut yang pengecut! RupHA, Kg Gudon, Sepanggar, 10.5.2018

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia