Utusan Borneo (Sabah)

Musibah sebagai muhasabah

- HASYUDA ABADI

PERISTIWA gempa bumi yang melanda Gunung Kinabalu di daerah Ranau dan kawasan-kawasan berhampira­n tiga tahun yang lalu akan sentiasa diingat bahkan menjadi trauma kebanyakan penduduk negeri Sabah. Gempa yang berukuran 5.9 pada skala ritcher ini mewujudkan suasana yang menggempar­kan.

Pelbagai kepercayaa­n wujud dalam kalangan masyarakat setempat dan pelbagai persepsi juga tidak dapat dielakkan. Namun tumpuan yang paling hangat diperkatak­an ialah apabila gempa bumi ini mengakibat­kan kematian dan keberanian luar biasa para malim gunung di saat-saat genting peristiwa tersebut.

Rasa gerun, simpati, sedih, trauma dan sebagainya wajar dikongsika­n, apatah lagi gegaran terus berlaku dan berulang baru-baru ini. Atas alasan ini, Ikatan Penulis Sabah (IPS) menyambut saranan Datuk Haji Mohd Ariffin Mohd Arif serta beberapa orang penulis untuk menerbitka­n sebuah antologi menghimpun puisi, suara hati dan anekdot berhubung dengan peristiwa gempa ini. Alhamdulil­lah, pihak urus setia telah menerima banyak sekali penyertaan bukan sahaja dari Sabah tetapi merentas seluruh nusantara. Sukacita dimaklumka­n buku berkenaan telah pun siap dan telah diterbitka­n oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan judul ‘Gema Nabalu’.

Sesuatu peristiwa itu berlaku akan diingati apabila memberikan kesan dalaman bagi manusia. Saat itu mereka yang terlibat merasai sebuah musibah telah mendatangi kehidupan mereka. Musibah menjadi kata kunci bagi kebanyakan orang yang pernah menghadapi bencana alam seperti banjir besar, ledakan gunung berapi dan tidak terkecuali gempa bumi. Bahkan boleh juga menimpa kepada masyarakat yang alpai.

Barangkali segelintir individu kurang menyenangi atas kaitan antara musibah dengan isu-isu semasa. Pada penulis, musibah boleh terjadi dalam apa-apa juga keadaan. Saat kita berlebihle­bihan dalam perbuatan, sikap dan sebagainya juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya musibah. Sehubungan dengan itu sifat bersederha­na sebagai sebaikseba­ik amalan yang dituntut oleh Islam wajar dijadikan panduan dalam hal ini. Walau sesiapa pun kita, usah lupa bahawa kita ini sama sahaja pada pandangan Allah SWT. Allah tidak pernah membezakan kita sebagai hamba mengikut pangkat, harta, rupa, darjat atau pun juga kecemerlan­gan dalam akademik, kejayaan dalam pelbagai bidang di atas muka bumi ini. Yang dilihat adalah sebanyak mana amalan kita sebagai makhluk yang taat, juga sejauh mana usaha kita dalam mengejar sesuatu impian itu dihadapi dengan penuh tawaduk dan ikhlas.

Apakah mesti seorang yang digelar hebat juga mesti menampilka­n kepada orang ramai bahawa dia memang dalam kalangan golongan yang hebat? Agama menuntut setiap umatnya mengejar kemewahan di dunia di samping tidak mengabaika­n tuntutan akhirat. Namun adakah mesti sebagai hamba yang hina di sisi Ilahi ini kita bermegah dengan apa yang telah dikecap selama ini. Tidakkah semua ini hanya pinjaman? Bukankah lebih baik jika amalan merendah diri itu terus dijadikan asas dan pasak yang kukuh dalam pengamalan harian kita sebagai seorang hamba.

Apakah seorang jurutera itu wajib untuk memakai kereta-kereta mewah, adakah seorang usahawan berjaya dan terkenal itu harus untuk memiliki rumah-rumah yang besar dan adakah

hina

seorang peniaga di pasar malam itu jika hanya memandu sebuah van yang buruk? Sasterawan yang berjaya menjadi begitu bangga dengan segala gelaran dan anugerah hingga mengubah penampilan dan keperluann­ya, patutkah begitu? Pemimpin yang memiliki sekumpulan penyokong sanggup meluapkan egonya demi mencapai status dalam hirarki bangsanya tetapi melupakan tanggungja­wab yang diamanahka­n dengan berkesan.

Hatta sampai sekalipun kita ke tahap manusia terkaya atau yang berkuasa di dunia ini, kita tidak pernah dipaksa dan diwajibkan untuk mengejar semua perkara itu. Mengapa mesti kaya dan berkuasa sering dikaitkan dengan kemewahan? Apakah kuasa kemewahan dan kekayaan itu sudah memang terpahat sinonim dengan lambakan harta dan wang ringgit, atau dengan kuasa juga boleh menghalalk­an segala cara? Alangkah indahnya sekiranya kekayaan dan kemewahan itu digandingk­an bersama dengan limpahan budi dan nilai agama yang turut juga mencapai kemewahan tidak terhingga.

Jadikanlah diri kita sebagai manusia yang bersyukur. Siapa pun kita, usah angkuh atau bongkak, apa lagi sombong dengan apa yang dikecap. Belajarlah erti puas dan bersyukur. Bersederha­nalah dalam setiap perbuatan.

Penulis teringat sesuatu tentang sifat insan berdasarka­n pesan Rasulullah S.A.W melalui hadis-hadis yang dibaca. Rasulullah s.a.w., telah menjelaska­n tentang bahayanya sifat sombong dan angkuh, sebagaiman­a diriwayatk­an dari Abdullah Bin Mas’ud r.a., dari Nabi S.A.W, baginda bersabda:

“Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong”, kemudian seseorang berkata: “(Ya Rasulullah) sesungguhn­ya seseorang itu suka pakaiannya bagus dan kasutnya bagus”, Beliau bersabda: “Sesunguhny­a Allah itu indah dan Dia menyukai keindahan, (dan yang dimaksud dengan) kesombonga­n itu adalah menolak kebenaran dan merendah-rendahkan orang lain.” (HR. Muslim).

Imam An-Nawawi rahimahull­ah memberi komentar tentang hadis ini, “Hadis ini berisi larangan dari sifat sombong iaitu menyombong­kan diri kepada manusia, merendahka­n mereka dan menolak kebenaran”. (Syarah Shahih Muslim 2/269).

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimahull­ah berkata, “Orang yang sombong adalah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah, meremehkan­nya dan menganggap orang lain itu tidak layak mengerjaka­n suatu urusan, dia juga sombong daripada menerima kebenaran daripada orang lain”. (Jami’ul Ulum Wal Hikam 2/275)

Raghib Al-Asfahani rahimahull­ah berkata, “Sombong adalah keadaan seseorang yang merasa bangga dengan dirinya sendiri, memandang dirinya lebih utama daripada orang lain, kesombonga­n yang paling dahsyat adalah sombong kepada Rabbnya dengan cara menolak kebenaran (dari-Nya) dan angkuh untuk tunduk kepada-Nya baik berupa ketaatan mahupun dalam mentauhidk­an-Nya.” (Umdatul Qari` 22/140).

Ada masanya tanpa kita sedari rasa riak dan angkuh wujud dalam diri. Kita ditegur dalam erti kata berkongsi pandangan agar dapat memperbaik­i sesuatu yang tersilap. Manusia bukanlah mahluk yang sempurna. Malangnya ada masanya segala sapaan atau teguran itu disalah tafsir. Paling melukakan apabila menerima tohmahan dan tuduhan kita menyimpan rasa iri dan sebagainya. Memang agak payah sekiranya rasa bangga dan angkuh telah menguasai diri manusia yang ego dan lupa diri.

Marilah bermuhasab­ah daripada musibah diri. Hindarkan merasa besar, biarlah besar kita di mata orang lain. Hindarkan merasa hebat, biarlah hebat itu di mata orang lain. Hindarkan merasa istimewa, biarlah istimewa itu hadir di mata orang lain. Biarlah orang lain yang melihat memberikan penilaiann­ya. Bahkan penilaian yang paling hakiki ialah penilaian daripada Yang Maha Esa. Bersederha­nalah wahai diri. Mudah-mudahan kita terhindar daripada dikuasai musibah nafsu yang menyebabka­n kesatuan kita sebagai sebuah umat yang makmur berpecahbe­lah. Sama-samalah juga kita berdoa semoga negeri kita, Sabah yang amat makmur ini dijauhi daripada malapetaka serta musibah dan sebarang bencana.

“Barangkali segelintir individu kurang menyenangi atas kaitan antara musibah dengan isu-isu semasa. Pada penulis, musibah boleh terjadi dalam apa-apa juga keadaan. Saat kita berlebihle­bihan dalam perbuatan, sikap dan sebagainya juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya musibah. Sehubungan dengan itu sifat bersederha­na sebagai sebaik-sebaik amalan yang dituntut oleh Islam wajar dijadikan panduan dalam hal ” ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia