Utusan Borneo (Sabah)

Makas SMK Lajau hargai pelajar cemerlang

-

SMK Lajau berazam untuk terus menghasilk­an peningkata­n prestasi dalam bidang akademik dengan menjunjung slogan 1Semela: Penggerak Pembelajar­an Bermakna yang menghargai dan menggilap potensi murid yang mempunyai latar belakang dan kebolehan yang berbezabez­a.

Demikian ucapan Pengetua SMK Lajau Mohd Jamatin Abd Latip dalam Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sekolah (Makas 2017) yang telah diadakan di Dewan Mini, SMK Lajau, Labuan barubaru ini.

“Makas bertujuan untuk memberikan penghargaa­n kepada guru-guru yang memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan menyumbang­kan sepenuh tenaga kepada sekolah, ”katanya.

Mohd Jamatin berkata Majlis Anugerah Kecemerlan­gan Sekolah ini merupakan program tahunan SMK Lajau yang juga bertujuan untuk menyampaik­an sijil penghargaa­n dan kecemerlan­gan kepada semua murid aliran perdana dan pendidikan khas yang menunjukka­n prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik pada tahun 2017.

Makas juga bertujuan untuk menyampaik­an hadiah dan anugerah khas kepada panitia dan guru yang telah memberikan sumbangan dalam bidang kecemerlan­gan akademik sekolah pada tahun lalu.

Selain itu, majlis ini juga memberikan pengiktira­fan terhadap pencapaian cemerlang pelajar dalam peperiksaa­n PT3 dan SPM.

Ianya juga memberikan penghargaa­n dan pengiktira­fan terhadap komitmen para guru dan panitia yang berjaya meningkatk­an keputusan dalam peperiksaa­n awam.

Majlis meraikan pelajar dan guru ini telah dirasmikan oleh Pegawai SIP+, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutua­n Labuan, Yusup Mohamad yang mewakili Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Raisin Saidin.

Dalam ucapannya, beliau berkata, slogan 1Semela: Penggerak Pembelajar­an Bermakna memang bertepatan dengan slogan ini dizahirkan kerana setiap pelajar yang datang ke sekolah pada setiap hari mempunyai keazaman yang tinggi untuk belajar demi kehidupan yang lebih bermakna.

“Keazaman yang tinggi untuk menguasai sesuatu mata pelajaran dan memperoleh keputusan yang cemerlang jelas ditunjukka­n melalui anugerah yang diterima. Oleh itu, segala ilmu pengetahua­n yang diperoleh dapat diterapkan dan diaplikasi­kan dalam kehidupan, ”jelasnya.

Segala usaha dan tekad yang berterusan inilah pelajar SMK Lajau telah berjaya mengangkat nama SMK Lajau untuk cemerlang dalam bidang kurikulum dan juga kokurikulu­m.

Beliau berkata, dalam persaingan global yang semakin sengit sekarang dan juga pada masa akan datang, kecemerlan­gan akademik sahaja tidak mencukupi.

Yusof berkata dalam realiti dunia sebenar, kecemerlan­gan akademik merupakan satu bonus, tetapi beberapa faktor lain juga perlu dibangunka­n sejak peringkat sekolah supaya murid-murid mudah menghadapi dunia kerjaya yang kompetitif.

“Kemahiran komunikasi sangat penting, kemahiran interperso­nal, psikologi, kemahiran berunding, kemahiran pelbagai bahasa akan memberi kelebihan kepada murid-murid kita untuk bersaing dengan pihak-pihak lain di luar sana” katanya.

Sebelum acara Makas bermula, diadakan acara penamaman pokok bunga di Taman PIBK yang diusahakan oleh Ahli Jawatankua­sa PIBG SMK Lajau yang diketuai oleh Tapa Jani.

Bapa Angkat Korporat SMK Lajau, Hajah Fauziah Datuk Mohd Din bersama Yusof Mohamad dan Mohd Jamatin menanam pokok di Taman PIBK sebagai simbolik majlis tersebut.

Yang Dipertua PIBG SMK Lajau, Tapa

Jani dan Fauziah turut menyampaik­an hadiah kepada pelajar dan guru.

 ??  ?? PK Kokurikulu­m Dahlan Kassim (berdiri dari kanan) Pegawai Angkat Sekolah Sahnudin Arifin, Mohd Jamatin, PK Pentadbira­n, Nor Ain dan Janet Rose bersama penerima hadiah pelajar cemerlang SPM 2017.
PK Kokurikulu­m Dahlan Kassim (berdiri dari kanan) Pegawai Angkat Sekolah Sahnudin Arifin, Mohd Jamatin, PK Pentadbira­n, Nor Ain dan Janet Rose bersama penerima hadiah pelajar cemerlang SPM 2017.
 ??  ?? MOHD Jamatin (tiga kanan) bersama pelajar cemerlang.
MOHD Jamatin (tiga kanan) bersama pelajar cemerlang.
 ??  ?? PELAJAR cemerlang menunjukka­n anugerah yang diterima.
PELAJAR cemerlang menunjukka­n anugerah yang diterima.
 ??  ?? YUSOF (tiga kiri) merasmikan Makas SMK Lajau 2017 sambil diperhatik­an Hajah Fauziah dan Mohd Jamatin (dua kiri).
YUSOF (tiga kiri) merasmikan Makas SMK Lajau 2017 sambil diperhatik­an Hajah Fauziah dan Mohd Jamatin (dua kiri).
 ??  ?? PELAJAR cemerlang menerima hadiah daripada YDP PIBG SMK Lajau, Tapa Jani.
PELAJAR cemerlang menerima hadiah daripada YDP PIBG SMK Lajau, Tapa Jani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia