Utusan Borneo (Sabah)

Guru barisan hadapan bentuk jati diri anak didik

-

TATAU: Guru merupakan barisan hadapan yang berperanan penting memberi pendidikan yang akan menentukan pembentuka­n jati diri dan hala tuju anak didik mereka pada masa hadapan.

Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Tatau, Mohd Nor@Tana Abdullah berkata, guru-guru perlu memiliki sikap yang holistik untuk mencapai matlamat itu.

Dalam hal itu katanya, guru-guru perlu memiliki semangat tinggi dalam usaha memberi didikan terbaik kepada anak didik mereka terutama pada zaman penuh cabaran masa kini.

Katanya, peranan guru juga perlu selari dengan tema Hari Guru iaitu ‘Guru Pemaju Transforma­si Pendidikan.’

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tatau di dewan sekolah tersebut pada Rabu lepas.

Berkenaan sambutan Hari Gurukatany­a, iasebagait­anda menghargai pengorbana­n dan jasa guru di samping meraikan guru-guru yang telah bertungkus-lumus mendidik anak bangsa.

Terdahulu Guru Besar SK Tatau Janudin Ab Rahman berkata, SK Tatau dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tatau telah terpilih sebagai Sekolah Rintis TS25 (Transforma­si Sekolah 2025) Daerah Tatau.

Katanya, program itu untuk membentuk kemenjadia­n murid berasaskan kepada pemimpin berkesan, guru berkualiti dengan penglibata­n komuniti khususnya ibu bapa, ketua-ketua masyarakat dan ketua-ketua jabatan secara menyeluruh serta akan dipantau oleh Pejabat Pendidikan Daerah sebagai rakan elit.

Mengenai sambutan Hari Guru itu katanya, ia untuk meraikan guru-guru dan kakitangan SK Tatau serta 10 guru yang bersara, selain untuk memberi penghargaa­n kepada pelbagai pihak yang terlibat menjayakan aktiviti sekolah itu.

Hadir sama Yang Dipertua Majlis Guru Besar Daerah Tatau Tony Madup, Pengetua SMK Tatau Peter Use Lenjau, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tatau Nazari Harun, Ketua Cawangan Trafik Tatau Inspektor Muhammad Farid Remeli, Ahli Jawatan kuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Tatau mewakili Yang Dipertuany­a, Elizabeth Munai dan Guru Besar SK Kelawai Hamdana Osman.

 ??  ?? MOHD NOR menandatan­gani sijil khas sempena sambutan Hari Guru SK Tatau sambil disaksikan oleh Janudin (kiri) dan Muhammad Farid (tengah).
MOHD NOR menandatan­gani sijil khas sempena sambutan Hari Guru SK Tatau sambil disaksikan oleh Janudin (kiri) dan Muhammad Farid (tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia