Utusan Borneo (Sabah)

Pasangan sebenar di festival Cannes kongsi petua kekalkan bahagia

- Oleh DEBORAH COLE

HEPBURN dan Tracey, Bogart dan Bacall, Joel Coen dan Frances McDormand: magik filem sering ada kisah cinta sebenar di sebaliknya, tetapi pasangan bintang di Cannes berkata kita mesti melangkah berhati-hati apabila mencampur pekerjaan dengan percintaan.

Pasangan dari Sepanyol yang pernah memenangi anugerah Oscar, Penelope Cruz dan Javier Bardem, yang sudah menggantik­an Angelina Jolie dan Brad Pitt sebagai pasangan senarai A yang panas di atas permaidani merah di Cannes, sudah bekerja sama dalam sembilan buah filem tetapi berkata mereka tidak terburu-buru untuk sama-sama kembali ke set penggambar­an filem.

Selepas tayangan perdana bagi filem aksi mereka yang baharu ‘Everybody Knows’, yang membuka festival tersebut, Cruz berkata dengan bersahaja bahawa walaupun dia seronok bekerja dengan suaminya, dia tidak mahu melakukann­ya sepanjang masa.

“Ia bukan sesuatu yang kami rancang untuk buat sekali setiap dua tahun,” katanya.

Cruz berkata dia dan Bardem, yang mempunyai dua orang anak, dibayar sama rata bagi filem itu dan mempunyai peraturan asas yang ketat tentang menjauhkan hubungan peribadi mereka dari set penggambar­an.

“Pada pendapat saya ia tidak akan menjadikan kehidupan anda lebih baik, jika anda menggunaka­n perkara tertentu dari kehidupan peribadi anda (dalam sesebuah filem). Jadi hakikatnya bahawa kami amat mengenali satu sama lain dan mempercaya­i satu sama lain hanya membantu kami,” kata Cruz.

- Hubungan kerja, hubungan peribadi Zhao

- ‘Amat menakutkan’ Ia

Tao dari China, yang dianggap oleh laman sesawang filem berpengaru­h IndieWire sebagai “salah seorang aktres paling hebat di dunia”, sudah membuat enam buah filem bersama suaminya, pengarah Jia Zhangke, termasuk ‘Touch of Sin’ dan ‘Mountains May Depart’.

Filem terbaharu mereka adalah satu lagi calon di Cannes, ‘Ash is Purest White’.

Dia memanggil suaminya ‘Pengarah Jia’ ketika membuat penggambar­an, sama seperti orang lain dalam barisan pelakon, dan mengasingk­an dengan ketara hubungan mereka di tempat kerja daripada hubungan peribadi mereka.

“Apabila saya pulang dan kami kembali kepada keluarga kami sendiri, kami ada nama timangan bagi satu sama lain – tetapi itu adalah sesuatu yang hanya dimiliki keduadua kami secara peribadi,” katanya.

Zhao berkata hubungan mereka sudah semakin “dinamik” dan bersifat kolaborati­f sejak mereka membuat filem pertama mereka bersama, ‘Platform’, pada 2000.

“Ketika itu, jika pengarah berpendapa­t sesuatu adegan itu bagus, saya cenderung berfikir ‘Ya, ia cukup bagus’,” katanya.

“Sekarang ia lebih umpama dialog mengenai watak-watak – bagaimana saya mahu dari perspektif wanita untuk menghidupk­an sesuatu watak. Saya berpendapa­t dia sangat responsif kepada pendapat dan cadangan saya.”

Jia, yang memenangi hadiah utama Golden Lion di Venice pada 2006 untuk ‘Still Life’, memberitah­u AFP konsensus mereka yang kadang-kadang sukar malah meliputi perkara yang begitu remeh seperti kostum.

Dia berkata kesukaan mendalam mereka yang sama kepada filem-filem ‘Kill Bill’ arahan Quentin Tarantino mendorong pasangan itu untuk kadang-kadang meminjam sebahagian daripada warna-warna kostumnya yang menyakitka­n mata.

Mereka menghidupk­an semula penampilan dalam ‘Ash is Purest White’, dengan bab pertama yang berlatarbe­lakangkan tahun 2000an mengimbau Tarantino dan filem-filem aksi Hong Kong yang memberi inspirasi kepadanya dengan keganasan mereka yang ultra bergaya.

“Kami berada di lembaran yang sama,” kata Jia mengenai isterinya.

biasanya projek filem kesayangan yang menyatukan pasangan kekasih pada mulanya, sama seperti apa yang berlaku kepada A.B. Shawky dan penerbit filem cereka pertamanya ‘Yomeddine’, Dina Emam.

“Kami tidak mula berpacaran mungkin sehingga sejurus sebelum penerbitan,” kata Emam kepada pemberita di Cannes.

Filem itu, yang berlatarbe­lakangkan sebuah jajahan pesakit kusta di Mesir yang menggunaka­n pelakon bukan profesiona­l yang tidak tahu membaca atau menulis, ternyata pengalaman yang lebih ke arah menjalin hubungan.

Kedua-dua mereka terselamat daripada gertakan “yang amat menakutkan” daripada pengawal keselamata­n amatur, kerenah birokrasi di Kaherah dan kejadian luar jangkaan daripada membiayai projek rumit secara berkelompo­k yang mengejutka­n semua orang apabila ia berjaya dicalonkan untuk pertanding­an yang dibangga-banggakan di Cannes.

“Ia adalah penggam-baran yang meletihkan, saya tidak dapat menyalutny­a dengan gula,” kata Shawky, pengarah paling muda di pertanding­an Cannes pada usia 32 tahun.

Emam bersetuju: “Tiada jumlah perancanga­n yang dapat menghalang perkara yang berlaku ketika membuat penggambar­an ini – saya berpendapa­t kami mungkin kena sumpahan sedikit.”

Namun selepas menghadapi cabaran sedemikian, Shawky dan Emam memutuskan mereka bersedia untuk mengambil langkah seterusnya.

“Selepas kami selesai membuat filem itu, kami memutuskan ‘saya berpendapa­t kita sudah menempuh perkara paling sukar pernah kita lalui dalam hidup kita – saya rasa perkahwina­n mudah sahaja’,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? PENELOPE CRUZ DAN JAVIER BARDEM
PENELOPE CRUZ DAN JAVIER BARDEM
 ??  ?? ZHAO TAO & JIA ZHANGKE
ZHAO TAO & JIA ZHANGKE
 ??  ?? A.B. SHAWKY & DINA EMAM
A.B. SHAWKY & DINA EMAM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia