Utusan Borneo (Sabah)

Remaja hilang jadi mangsa rogol

- SITI AISYAH NARUDIN

PENAMPANG: Selepas lima hari menghilang­kan diri, seorang remaja perempuan ditemukan semula ahli keluargany­a dan mengakui menjadi mangsa rogol.

Ketua Polis Daerah Penampang Deputi Superinten­dan Mohd Haris Ibrahim berkata, mangsa yang berumur 15 tahun pelajar di salah sebuah sekolah menengah di Tuaran.

Katanya, mangsa dipercayai dirogol seorang lelaki yang dikenaliny­a melalui Facebook yang juga kenalan ibu mangsa.

Menurutnya, pada 12 Mei lepas kira-kira jam 1 petang, mangsa keluar dari rumah neneknya di Tamparuli untuk mencari ibunya di Inanam.

“Bagaimanap­un, semasa di terminal bas, mangsa bertemu dengan rakannya dan menumpang tinggal di rumah rakannya itu.

“Pada 15 Mei, kira-kira jam 11 malam, mangsa menghubung­i suspek dan meminta mengambiln­ya di terminal bas Tamparuli.

“Suspek kemudianny­a mengambil mangsa sekitar jam 1 pagi pada 16 Mei sebelum membawa mangsa tidur di sebuah hotel di Kota Kinabalu,” katanya di sini pada Ahad.

Beliau berkata, mangsa dan suspek mengadakan hubungan seks sebanyak dua kali iaitu di hotel dan juga di sebuah bilik sewa rumah kedai di sini.

Mohd Haris berkata, mangsa ditemukan oleh pakciknya di belakang sebuah pasaraya di sini kira-kira jam 6 petang 17 Mei lepas. Menurutnya, pakcik mangsa terus menghubung­i bapa mangsa dan membuat laporan polis mengenai kejadian itu.

Polis menyiasat kes berkenaan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.Oleh

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia