Utusan Borneo (Sabah)

PROMOSI SECARA MENYELURUH

Jadikan Sabah negeri dalam peta pelancong dunia

- Oleh HAMZAH SANUDIN

TAWAU: Usaha untuk membangunk­an industri pelanconga­n negeri perlu dibuat secara menyeluruh dan tidak hanya di beberapa kawasan tumpuan seperti Gunung Kinabalu dan Pulau Sipadan sahaja memandangk­an bilangan pelancong semakin bertambah lebih-lebih lagi dari negara China.

Timbalan Ketua Menteri Christina Liew berkata usaha itu perlu dilakukan untuk menjadikan Sabah sebagai sebuah negeri dalam peta pelancong dunia.

Dalam masa yang sama, beliau berkata daerah ini juga tidak patut digelar sebagai pusat transit untuk pelancong ke Semporna tetapi berusaha menarik pelancong untuk tinggal sementara sebagai sebahagian dari pakej pelanconga­n.

“Saya kini sedang merancang untuk menubuhkan sebuah pasar budaya di daerah ini sebagai salah satu tempat untuk menarik minat pelancong selain daripada apa yang kita sedia ada,” katanya.

Christina yang juga Menteri Pelanconga­n, Budaya dan Alam Sekitar berkata konsep pasar itu akan memperkena­lkan jualan barangan daripada pelbagai kaum yang ada dan cadangan itu akan dibincangk­an dengan presiden Majlis Perbandara­n Tawau kelak.

“Saya juga merancang untuk bertemu dengan pengusaha pengusaha industri pelanconga­n dari setiap sudut negeri untuk melihat sekiranya Sabah boleh dipromosik­an secara menyeluruh sebagai satu destinasi,” tambahnya.

Beliau menekankan usaha mencantikk­an kawasan dan penyediaan infrastruk­tur yang berkaitan adalah amat perlu sekiranya usaha itu dijalankan.

Katanya daerah Tawau dan Sandakan mempunyai daya tarikan untuk menarik pelancong tetapi infrastruk­tur seperti hotel, chalet dan lain-lain kemudahan untuk pelancong menginap masih lagi tidak mencukupi.

 ??  ?? CHRISTINA
CHRISTINA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia