Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki nekad terjun bangunan elak ditangkap

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

SUSPEK diberi rawatan kecemasan oleh pihak ambulans sebelum dibawa ke hospital. KOTA KINABALU: Tindakan nekad seorang lelaki terjun bangunan untuk mengelak daripada ditangkap akhirnya membawa padah.

Lelaki berumur 29 tahun itu bertindak sedemikian selepas didapati mencuri dalam kejadian di bangunan Api-Api Centre di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M. Chandra berkata, sebelum kejadian suspek ditahan oleh seorang pengawal keselamata­n di kawasan terbabit kira-kira jam 12 tengahari.

Menurutnya, pengawal berkenaan mendapati suspek dalam keadaan mencurigak­an sedang menyelongk­ar sebuah beg tangan wanita.

“Semasa suspek dibawa ke pejabat pengawal keselamata­n, beliau bertindak melarikan diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan Api-Api Centre.

“Akibatnya, suspek jatuh di lantai bahagian belakang bangunan terbabit,” katanya mengesahka­n kejadian di sini pada Ahad.

Beliau berkata, antara barangan yang dirampas daripada suspek termasukla­h beg tangan, dompet, sebuah telefon bimbit, dan wang tunai berjumlah RM45.

Hasil siasatan pihaknya mendapati suspek memiliki enam rekod jenayah lampau membabitka­n kes curi, penceroboh­an dan dadah.

Katanya, suspek dibawa ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut.

Chandra berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan iaitu Curi Dalam Bangunan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia