Utusan Borneo (Sabah)

Polis minta butiran lanjut mengenai dakwaan Najib

-

KUALA LUMPUR: Polis meminta butiran lanjut mengenai dakwaan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui peguamnya pada Ahad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata penggeleda­han serentak di enam premis dilakukan oleh polis secara adil dan profesiona­l.

“Saya meminta butiran lebih lanjut mengenai kejadian yang dikatakan berlaku dan juga mengenal pasti anggota polis yang terlibat.

“Saya tidak akan bertolak ansur dengan tingkah laku tidak profesiona­l dan tindakan tegas akan diambil terhadap anggota yang terlibat kerana melanggar prosedur operasi standard polis, jika dakwaan itu benar,” kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.

Amar Singh mengulas dakwaan bahawa “coklat dan makanan” dikatakan diminta oleh anggota polis seperti didakwa oleh portal berita dalam talian pada Ahad.

Beliau juga menggesa pihakpihak berkaitan memberi butir-butir mengenai gambar yang bocor, jika ada untuk membolehka­n mereka menjalanka­n siasatan bagi mengesahka­n sama ada gambar yang tular itu adalah daripada pihak polis atau sebaliknya kerana terdapat ahli keluarga dan kawan-kawan yang hadir semasa penggeleda­han itu.

Beliau berkata anggota polis di tempat kejadian dilarang sama sekali daripada membawa telefon bimbit semasa menjalanka­n penggeleda­han.

“Gambar dan rakaman video di tempat kejadian hanya akan diambil oleh jurugambar rasmi kami,” kata beliau.

Terdahulu itu, peguam Najib Datuk Harpal Singh Grewal, dalam kenyataann­ya, mendakwa bahawa anggota polis yang bertugas bertindak secara sambil lewa dan tidak bertanggun­gjawab.

Beliau mendakwa bahawa anggota-anggota polis makan coklat dan makanan dalam peti sejuk dan juga meminta supaya makanan disediakan untuk mereka. - Bernama

 ??  ?? AMAR SINGH
AMAR SINGH
 ??  ?? NAJIB
NAJIB

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia