Utusan Borneo (Sabah)

Peluang pekerjaan untuk belia

Rasinin beri keutamaan wujud kilang proses sawit

-

KENINGAU: Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rasinin Koutis akan memberi keutamaan antara lain untuk mewujudkan sebuah kilang memproses minyak sawit di Keningau dan memperkasa sektor pelanconga­n daerah ini ke tahap lebih tinggi.

Beliau berkata hasrat mewujudkan kilang memproses minyak sawit adalah perkara pertama yang akan dilaksanak­annya selepas terpilih sebagai wakil rakyat di kawasan berkenaan selain akan terus mempergiat aktiviti mempromosi lokasiloka­si menarik di Keningau sebagai produk pelanconga­n bernilai komersil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Liawan itu berkata usaha itu adalah seiring dengan aspirasi untuk mewujudkan peluang pekerjaan kepada para belia di daerah ini.

“Semua ini termasuk dalam manifesto pilihan raya. Justeru, saya akan berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebaik memulakan tugas sebagai pembantu menteri,” katanya kepada Bernama selepas

“Semua ini termasuk dalam manifesto pilihan raya. Justeru, saya akan berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebaik ” memulakan tugas sebagai pembantu menteri.

RASININ KOUTIS Pembantu Menteri Pembanguna­n Luar Bandar

menemui para peniaga di Tamu Minggu Keningau di sini pada Ahad.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14, Rasinin yang bertanding atas tiket Parti

Warisan Sabah (Warisan) menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Sairin Karno dengan memperoleh majoriti 1,382 undi.

Sementara itu, Rasinin berkata satu perjumpaan bersama juru perunding akan diadakan dalam tempoh terdekat bagi membincang­kan aspek perancanga­n pembanguna­n DUN Liawan.

Beliau berkata terdapat beberapa isu perbandara­n Keningau disuarakan penduduk setempat termasuk kesesakan lalu lintas di kawasan bandar, isu pengurusan sampah sarap serta sistem perparitan tersumbat akan diambil perhatian segera. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia