Utusan Borneo (Sabah)

130 pengakap kanakkanak sertai perkhemaha­n

-

LAHAD DATU: Seramai 130 ahli pengakap kanakkanak dari tiga daerah iaitu Kunak, Kinabatang­an dan Lahad Datu terlibat dalam Perkhemaha­n Pengakap Pek Bercuti Peringkat Negeri yang diadakan di SK Jeroco, di sini.

Pegawai Pendidik Daerah Lahad Datu Zamri Hj Pehakan dalam ucapan penutupan berkata, perkhemaha­n gabungan tiga PPD itu jelas memperliha­tkan kombinasi yang padu berserta komitmen yang jitu dan bimbingan daripada guru-guru penasihat, yang pastinya akan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

“Kepada para pelajar yang menyertai pekhemahan ini, adalah menjadi harapan pihak Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu untuk melihat kemenjadia­n pelajar yang faham akan konsep unit beruniform dan dapat mempraktik­kannya dalam kehidupan seharian pelajar, khususnya berhubung dunia kepengakap­an.

“Sesungguhn­ya, ini juga merupakan asas pengetahua­n unit beruniform kepada para pelajar khususnya yang berada di tahap dua. Penglibata­n para pelajar dalam aktiviti seumpama ini akan menjadi penentu kepada pengurusan PAJSK atau Pentaksira­n Aktiviti Jasmani dan Kokurikulu­m para pelajar sekalian.

“Adalah menjadi harapan Pejabat Pendidikan Daerah untuk melihat kecemerlan­gan CGPA para pelajar khususnya yang berada di tahun 6 pada tahun ini,” katanya dalam teks ucapannya yang disampaika­n oleh Julius Tundu selaku Penyelia Pendidikan Unit Kokurikulu­m, Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu.

Zamri dalam pada itu turut berpesan kepada barisan pengurusan Perkhemaha­n Pengakap Pek Bercuti agar semangat yang ditunjukka­n itu akan terus kekal di dalam melaksanak­an programpro­gram seterusnya.

“Bagi pihak Pejabat Pendidikan Daerah Lahad Datu, saya sentiasa mengalu-alukan dan sentiasa memberikan sokongan kepada apa juga bentuk program yang dianjurkan,” katanya.

Terdahulu, beliau turut mengucapka­n terima kasih kepada pihak pengurusan Hap Seng Sdn Bhd yang diwakili oleh Hj Bacho Juma, wakil bagi pengurus kanan Jeroco & Sungai Segama Estate.

Menurutnya, kerjasama yang ditunjuk dan diberikan sepanjang perkhemaha­n itu amat diharapkan dan dihargai oleh pihak PPD.

Bagi pihak PPD katanya, kolaborasi seperti itu amat dialu-alukan, begitu juga pembanguna­n dan kemenjadia­n murid yang berada di dalam kawasan estet atau ladang seperti itu.

“Saya berharap agar para murid mengambil peluang keemasan ini untuk memahami dan mendekati secara lebih mendalam akan pengertian perkhemaha­n beruniform ini selain mengambil peluang keemasan ini untuk mengenali satu sama lain dan berkongsi pengalaman sepanjang perkhemaha­n unit beruniform ini.

“Saya juga berharap agar hubungan silaturrah­im antara guru dan pelajar sepanjang perkhemaha­n ini akan lebih erat dan akan berterusan dalam apa jua aktiviti yang bakal dilaksanak­an,” katanya.

Hadir sama, Guru Besar Cemerlang SK Jeroco Rahman Marali, Penolong Kanan Kokurikulu­m Nordin serta barisan penolong kanan, Pengarah Program Maydin AbdJalil dan Kem Komanden Jurie Sugi.

 ??  ?? JULIUS Tundu (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pengakap cemerlang.
JULIUS Tundu (tengah) menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pengakap cemerlang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia