Utusan Borneo (Sabah)

Bomba Sandakan bantu jayakan Perkhemaha­n Perdana KRS Sabah

- Oleh SALMAN ABADI

SANDAKAN: Lima anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di sini terlibat membantu menjayakan program Perkhemaha­n Perdana Kadet Remaja Sekolah (KRS) dan Tunas TKRS peringkat Negeri Sabah.

Perkhemaha­n tahunan berlangsun­g di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merpatiitu­dianjurkan oleh Unit Kokurikulu­m Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan dikelolaka­n oleh Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sandakan.

Lima anggota termasuk seorang pegawai bomba Sandakan yang terlibat membantu menjayakan program itu ialah Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Arsad Kadir bersama Ronel Jakob, Saat Salam, Suransyah dan Quyum.

Sempena perkhemaha­n KRS dan TKSR itu, Arsad bersama anggotanya menyampaik­an taklimat tentang bahaya kebakaran, cara/teknik menghapusk­an bahaya kebakaran, sifatsifat api dan cara-cara menyelamat­kan diri semasa kebakaran.

“Pihak bomba turut memberi pendedahan dan pengenalan tentang hos serta tiga cara mengangkat hos iaitu membimbit, mengepit dan memikul,” katanya sambil menyifatka­n program itu amat baik sebagai pendedahan penting kepada para pelajar.

Katanya, peserta perkhemaha­n juga diajar tentang cara-cara membentang gulung hos dan seterusnya anggota bomba terbabit turut mengendali­kan pertanding­an mengikut zon/ daerah masing-masing.

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sandakan Ahmad Yussof Mohamad merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak Balai Bomba Sandakan atas sumbangan dan komitmen menjayakan salah satu aktiviti sempena perkhemaha­n itu.

Katanya, seramai 150 pelajar sekolah rendah (TKSR) dan menengah (KRS) dari 13 daerah di Sabah menyertai perkhemaha­n empat hari itu.

Menurutnya, objektif perkhemaha­n itu ialah melahirkan generasi bersemanga­t patriotik, berdisipli­n dan menjiwai semangat perpaduan.

Selain itu, ia juga bertujuan membina dan mengembang­kan kefahaman semasa dan kepekaan mengenai isu-isu semasa di samping mewujudkan integrasi nasional, di samping mewujudkan peluang kepada para pelajar untuk memperoleh­i pengetahua­n, pengalaman, kemahiran serta kebolehan mengurus dan memimpin.

“Perkhemaha­n ini juga bertujuan memilih peserta terbaik untuk mewakili Sabah ke Perkhemaha­n Perdana KRS dan TKRS peringkat kebangsaan yang akan diadakan pada 17 Julai depan di Kelantan,” katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan termasukla­h kawad kaki, gajet mini, orienteeri­ng, ikhtiar hidup dan tarian perang, selain aktiviti senaman padi/ riadah, kerohanian/moral dan juga permainan tradisiona­l.

Majlis perasmian penutupan perkhemaha­n itu disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Haji Sharif Mahada Sharif Attar bagi mewakili pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah.

Turut hadir ialah Pengetua SMK Taman Merpati Sandakan Haji Nizam dan Pegawai Tadbir KRS Negeri Sabah Mejar (KRS) Anas Sulaiman yang juga penolong kanan kokurikulu­m SMK Sandakan 2.

 ??  ?? AHLI KRS bersedia melakukan aktiviti kemahiran mengendali­kan hos bomba sambil dibimbing anggota bomba Sandakan (kiri).
AHLI KRS bersedia melakukan aktiviti kemahiran mengendali­kan hos bomba sambil dibimbing anggota bomba Sandakan (kiri).
 ??  ?? PELAJAR (KRS dan TKRS) amat teruja dan tertarik dengan pendedahan kemahiran mengendali­kan hos bomba dalam operasi pemadaman kebakaran.
PELAJAR (KRS dan TKRS) amat teruja dan tertarik dengan pendedahan kemahiran mengendali­kan hos bomba dalam operasi pemadaman kebakaran.
 ??  ?? ARSAD (kanan) bersama anggota Bomba dan Penyelamat Sandakan yang membantu menjayakan perkhemaha­n itu.
ARSAD (kanan) bersama anggota Bomba dan Penyelamat Sandakan yang membantu menjayakan perkhemaha­n itu.
 ??  ?? SHARIF Mahada (tengah) mewakili pengarah JPNS merasmikan penutupan perkhemaha­n itu. Turut kelihatan (dari kiri) Anas, Nizam dan Ahmad.
SHARIF Mahada (tengah) mewakili pengarah JPNS merasmikan penutupan perkhemaha­n itu. Turut kelihatan (dari kiri) Anas, Nizam dan Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia