Utusan Borneo (Sabah)

Laksana aktiviti tingkat persefaham­an

Merapatkan lagi anggota masyarakat kepada nilai murni

-

KOTA BELUD: Wakil Rakyat Barisan Nasional Tempasuk Datuk Musbah Haji Jamli berkata, masyarakat harus melaksanak­an satu aktiviti yang berguna untuk meningkatk­an lagi persefaham­an dan perpaduan antara pelbagai kaum.

Sebagai contoh katanya, aktiviti seperti gotongroyo­ng dan sebagainya adalah salah satu kaedah mampu membentuk masyarakat yang kondusif.

Menurutnya ia boleh dilakukan melalui semangat bantu-membantu dan bekerjasam­a sama ada membersihk­an taman permainan, longkang mahu pun membaiki rumah ibadat yang rosak akibat bencana alam.

“Aktiviti seumpama ini akan merapatkan anggota masyarakat kita kepada nilai-nilai murni yang tidak ditemukan di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan

“Aktiviti seumpama ini akan merapatkan anggota masyarakat kita kepada nilai-nilai murni yang tidak ditemukan di rumah malahan di pejabat. Rasa kekitaan, prihatin dan penyayang sesama individu dalam masyarakat akan membantu hasrat kerajaan untuk negara mara ini.” dalam era globalisas­i DATUK MUSBAH HAJI JAMLI Wakil Rakyat Barisan Nasional Tempasuk

untuk negara mara dalam era globalisas­i ini,” katanya.

Musbah yang juga mantan Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan berkata demikian selepas Solat Tarawih yang diimamkan oleh Ustaz Abdul Musi di Masjid Al Palembani Kampung Gunding.

Turut hadir ialah Pengerusi Masjid Abdul Manan Suis.

Musbah berkata, dengan wujudnya perpaduan kaum dalam kalangan rakyat, negara akan terus aman dan maju. Oleh itu, amalan itu harus diperturun­kan dari satu generasi ke generasi seterusnya.

Dalam pada itu, beliau menziarahi mangsa rumah terbakar pada Jumaat, milik Datu Senawi Haji Jukuh di Kampung Selesa Taun Gusi dan juga sempat memberi penghormat­an terakhir kepada dua orang yang meninggal dunia, masing-masing di Kampung Kisapang dan Kampung Tambilaung.

 ??  ?? MUSBAH (kiri) disambut Datu Senawi ketika tiba di perkaranga­n rumahnya yang telah terbakar pada Jumaat.
MUSBAH (kiri) disambut Datu Senawi ketika tiba di perkaranga­n rumahnya yang telah terbakar pada Jumaat.
 ??  ?? MUSBAH (empat kanan) dan Munirah (empat kiri) bertemu ketika menziarahi Datu Senawi di Kg Selesa.
MUSBAH (empat kanan) dan Munirah (empat kiri) bertemu ketika menziarahi Datu Senawi di Kg Selesa.
 ??  ?? MUSBAH (dua kiri) bersolat tarawih bersama jemaah Masjid Al Palembani Kg Gunding.
MUSBAH (dua kiri) bersolat tarawih bersama jemaah Masjid Al Palembani Kg Gunding.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia