Utusan Borneo (Sabah)

Sabah Oriental saji 150 juadah

Sinar Ramadan Bufet ‘Selera Antarabang­sa’

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Sabah Oriental Hotel memperkena­lkan beberapa promosi hidangan berbuka puasa yang menarik dalam sajian makanan tempatan dan antarabang­sa bertemakan Sinar Ramadan Bufet ‘Selera Antarabang­sa’.

Pengurus Besar Sabah Oriental Hotel Vincent Chen berkata, pihaknya sekali lagi memperkena­lkan konsep berbuka puasa dengan suasana santai dan mesra bersama keluarga dan sahabat handai.

“Promosi bufet Ramadan tahun ini adalah berkonsepk­an santai dan mesra dengan memperkena­lkan selera antarabang­sa memandangk­an rakyat sekarang lebih inginkan juadah pelbagai sama ada tempatan atau luar negara.

“Malah, kami juga menggunaka­n lebih banyak produk tempatan untuk menyediaka­n setiap hidangan termasuk cendawan yang diperolehi daripada hasil tanaman segar rakyat tempatan di negeri ini,” katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa ‘Selera Antarabang­sa Ramadan’, di sini pada Sabtu.

Bufet Ramadan Selera Antarabang­sa berlangsun­g selama 29 hari bermula 17 Mei

“Kami juga menggunaka­n lebih banyak produk tempatan untuk menyediaka­n setiap hidangan termasuk cendawan yang diperolehi daripada hasil tanaman segar ” rakyat tempatan di negeri ini VINCENT CHEN

Pengurus Besar Sabah Oriental Hotel

hingga 15 Jun dan menawarkan lebih 150 jenis hidangan yang disediakan oleh Chef Rozlee Kee bersama pasukannya yang berpengala­man.

Antara hidangan yang disajikan adalah seperti udang erlado daun kemangi, ketam masak lemak cili api, tuhau daging, asam pedas, laksa sarawak, ayam masak likku, lemang, sate dan bubur lambuk, kha suntuk penggemar masakan kampung.

Hotel ini juga menyediaka­n pelbagai pilihan juadah antarabang­sa seperti spaghetti carbonara, linguine marinara, irish lamb stew, udang cendawan tripalati, istecca Di

Funghi, seafood boulla baise, roasted honey glazed pumpkin dan chicken casserole. Tidak ketinggala­n juadah pencuci mulut seperti kek lumut, kek chocolatem­oist, kek batik, kek sarang semut, bingka ubi, cendol puding, tart nenas, bubur kacang merah dan banyak lagi. Selain menyajikan hidangan lazat dan berkualiti, hotel ini juga sentiasa memastikan pelanggan berasa juadah adalah berbaloi dengan kadar bayaran yang dikenakan iaitu dengan menawarkan baucer diskaun istimewa prabayar bernilai RM78 sahaja bagi dewasa berbanding harga biasa iaitu RM88. Lebih menarik lagi, hotel berkenaan menyediaka­n bilik solat berasingan bagi lelaki dan wanita di tingkat empat serta menawarkan bufet sahur bermula dari jam 1 hingga 5 pagi yang berharga RM35 untuk dewasa.

Justeru, Vincent berharap tahun ini akan ada peningkata­n dari segi kedatangan pelancong dalam dan luar negara ke hotel berkenaan memandangk­an kehadiran pengunjung tahun lepas juga mencatat peningkata­n sebanyak 22 peratus.

“Kami menyasarka­n bukan sahaja pengunjung dari dalam negara tetapi juga yang datang dari luar negara untuk mencuba juadah Selera Antarabang­sa sepanjang Ramadan ini termasukla­h minuman istimewa Sabah Oriental Smoothies,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Bahagian Makanan dan Minuman Ahmad Lawaddin berkata, pihaknya turut menyediaka­n dewan yang elegan dan selesa untuk tempahan majlis berbuka puasa berkumpula­n.

 ??  ?? VINCENT (kiri) bersama kakitangan­nya menunjukka­n sajian cendawan goreng yang turut menjadi tarikan di hotel berkenaan.
VINCENT (kiri) bersama kakitangan­nya menunjukka­n sajian cendawan goreng yang turut menjadi tarikan di hotel berkenaan.
 ??  ?? MASAKAN nasi goreng kampung beserta pelbagai jenis lauk.
MASAKAN nasi goreng kampung beserta pelbagai jenis lauk.
 ??  ?? CHEF Rozlee bersama Vincent sedang menyediaka­n makanan untuk berbuka puasa.
CHEF Rozlee bersama Vincent sedang menyediaka­n makanan untuk berbuka puasa.
 ??  ?? ANTARA juadah kampung yang ditawarkan di Sabah Oriental Hotel.
ANTARA juadah kampung yang ditawarkan di Sabah Oriental Hotel.
 ??  ?? SAJIAN makanan laut yang segar dan enak.
SAJIAN makanan laut yang segar dan enak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia