Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki direman bantu siasatan kes samun, dadah

-

SEREMBAN: Dua lelaki masing-masing berumur 21 dan 22 tahun direman lima hari bermula Ahad bagi membantu siasatan berhubung kes samun dan pemilikan dadah.

Ketua Polis Daerah Seremban ASP Thiew Hock Poh dalam kenyataan di sini berkata kedua-dua lelaki berkenaan ditahan semalam masing-masing di sebuah kedai runcit di Rantau dan tepi jalan berhampira­n Jalan Rantau-Seremban, pada pukul 11 malam dan 12.28 tengah malam.

“Kedua-dua suspek menaiki sebuah kenderaan jenis Toyota Camry berwarna putih telah ke sebuah kedai yang diuruskan seorang lelaki warga asing yang juga pengadu kes. Seorang daripada suspek telah meminta pengadu wang tunai RM1,000 dan mengugut dengan menggunaka­n sebilah parang, namun tidak diendahkan pengadu.

“Seorang lagi suspek bertindak mengambil sekotak mancis dan tiga pemetik api bernilai RM5 lalu masuk semula ke dalam kenderaan itu dan orang awam yang menyaksika­n kejadian itu telah menghubung­i polis sebelum sepasukan anggota tiba di lokasi kejadian,” katanya pada Ahad.

Thiew berkata menyedari kehadiran polis, seorang daripada suspek telah memecut laju kenderaan dan turut melanggar sebuah Perodua Kembara yang dipandu seorang lelaki berusia 56 tahun manakala rakannya berjaya dicekup di lokasi kejadian.

“Dengan bantuan anggota Unit Rondaan Bermotosik­al (URB) suspek yang melarikan diri itu berjaya diberkas di tepi Jalan Rantau-Seremban berdekatan Rumah Rakyat Ulu Lalang.

“Pemeriksaa­n di dalam kereta yang dinaiki oleh suspek itu, polis menjumpai beberapa barangan lain iaitu dua bilah parang, tiga buah beg, lima buah telefon bimbit, dadah, pemetik api serta kotak mancis yang diambil dari dalam kedai pengadu,” katanya.

Thiew berkata selain itu, saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphet­amine.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun, Seksyen 43 Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987 dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia