Utusan Borneo (Sabah)

‘Spiral Bicycle dan Pedestrian Bridge’ tarikan baharu Pulau Pinang

-

GEORGE TOWN: Pengunjung ke Pulau Mutiara akan berpeluang untuk berbasikal di lokasi baharu sambil dijamu pemandanga­n indah lautan sebaik ‘Spiral Bicycle dan Pedestrian Bridge’ mula dibuka untuk orang ramai.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata struktur itu merupakan satu-satunya jejantas di negara ini yang direka khas dalam bentuk lingkaran bagi keperluan pejalan kaki serta penunggang basikal, dalam kawasan pembinaan yang terhad untuk menyeberan­gi lebuh raya

“Spiral bicycle dan pedestrian bridge di Queensbay, Bayan Baru itu merupakan komponen untuk merealisas­ikan ‘Coastal Cyling Route’ di pesisiran pantai timur pulau. Kekangan ruang tanah serta usaha untuk menggalakk­an lebih ramai orang berbasikal dan menikmati pandangan indah dari Spiral Bridge telah mencetuska­n idea dalam mereka bentuk jambatan ini,” katanya.

Beliau ditemui semasa majlis pelancaran jambatan itu yang dikenali Jambatan Harapan di sini hari ini, yang turut dihadiri bekas Ketua Menteri yang juga bakal Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Chow berkata‘ Spiral bridge’ itu merentangi Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di hadapan kilang Intel beserta dua jambatan yang dibina merentangi Sungai Nibong Kecil dan Sungai Ara bernilai RM8.9 juta, dibiayai oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP).

Pada masa sama beliau berkata kerajaan negeri dan MBPP sememangny­a berhasrat untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai sebuah negeri berbasikal.

“Sehubungan itu, Pelan Induk Laluan Basikal Pulau Pinang telah dirangka oleh kerajaan negeri dan MBPP pada 2010. Dalam pelan induk itu, lebih kurang 180 kilometer laluan basikal telah dirancang untuk disediakan secara berperingk­at di bahagian pulau, negeri ini menjelang 2020.

“Kini 95 peratus daripada laluan basikal dalam pelan induk ini atau 171 kilometer laluan basikal telah berjaya disediakan,” katanya.

Sementara itu seorang pengunjung Eeleen Tan, 40, ketika ditemui Bernama melahirkan rasa teruja dengan pembinaan jambatan untuk penunggang basikal dan pejalan kaki itu.

“Sangat menarik, selalunya saya akan berbasikal di Taman Botani tetapi sekarang boleh datang ke sini kerana ia lebih dekat dengan rumah kami di Batu Maung. Saya boleh kata lokasinya sangat strategik dan orang ramai boleh melihat matahari terbit pada waktu pagi ketika berada di atas jambatan ini,” katanya.

Sementara itu adiknya Aileen Tan, 37, turut bersetuju dan berharap pihak berkenaan dapat menyediaka­n kemudahan fasiliti seperti tong sampah kerana pengunjung akan bertambah ramai pada waktu malam.-Bernama

 ??  ?? CHOW (dua, kanan) dan bakal Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kanan) berbasikal di atas Jambatan lingkaran ‘Spiral Bicycle dan Pedestrian Bridge’ yang diberi nama sebagai Jambatan Harapan berhampira­n pusat membeli belah Queensbay selepas perasmiann­ya pada...
CHOW (dua, kanan) dan bakal Menteri Kewangan Lim Guan Eng (kanan) berbasikal di atas Jambatan lingkaran ‘Spiral Bicycle dan Pedestrian Bridge’ yang diberi nama sebagai Jambatan Harapan berhampira­n pusat membeli belah Queensbay selepas perasmiann­ya pada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia