Utusan Borneo (Sabah)

Dua lelaki terlibat kes curi kenderaan ditahan

-

JOHOR BAHRU: Polis menahan seorang penganggur kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan mencuri kenderaan di sekitar Johor Bahru dan Kluang menerusi operasi di Kluang, petang pada Sabtu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang DSP Abdul Razak Abdullah Sani berkata pihaknya menahan lelaki berumur 27 tahun itu yang di hadapan sebuah kedai di Jalan Bintang Ria 3, Simpang Renggam, dekat Kluang.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah kenderaan lain dan beberapa peralatan di premis itu.

Selain itu, seorang jurukimpal lelaki berumur 34 tahun yang dipercayai pembeli sebuah lori jenis Mitsubishi yang dicuri turut ditahan di rumahnya di Felda Ulu Penggeli, dekat Kluang, katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.

Selain sebuah kereta dan sebuah lori, polis juga merampas peralatan mencuri kenderaan seperti kayu cota, alat pemotong, tukul besi, alat pemotong dawai, playar muncung tirus, pemutar skru lepet, pisau, pemutar’ allen ke y’ dan sepasang sarung tangan, yang kesemuanya dianggarka­n bernilai RM50,000.

Abdul Razak berkata hasil saringan air kencing mendapati penganggur itu positif dadah jenis MOP serta mempunyai rekod jenayah lampau.

Kedua-dua lelaki itu direman empat hari bermula semalam (19 Mei) mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan boleh dipenjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, katanya.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia