Utusan Borneo (Sabah)

Exco Melaka gesa orang ramai derma darah

-

MELAKA: Rakyat Melaka digesa menderma darah di Tabung Darah, Hospital Melaka di sini bagi memastikan bekalan darah mencukupi sekiranya berlaku sebarang kecemasan khususnya sepanjang bulan Ramadan ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan negeri Low Chee Leong berkata bekalan darah di Tabung Darah berada pada tahap 1,700 beg dan jumlah itu perlu ditambah dari semasa ke semasa bagi memastikan bekalan stabil serta mencukupi.

“Jika jumlah tersebut mencecah 1,000 beg darah, keadaan akan menjadi agak membimbang­kan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan di Bazar Ramadan, Jalan Hang Tuah di sini, lmalam tadi.

Beliau meminta pihak badan bukan kerajaan (NGO) membantu dalam menganjurk­an program derma darah.

Sementara itu, katanya Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) perlu membuat perancanga­n lebih rapi dalam menguruska­n Bazar Ramadan kerana beliau menerima banyak aduan daripada peniaga mendakwa kerugian akibat khemah yang dipasang bocor dan barangan basah apabila hujan lebat.

Low berkata harga khemah yang ditawarkan di bazar berkenaan juga terlalu mahal selain dilihat menyukarka­n peniaga kecil, justeru MBMB diminta segera menurunkan harga khemah seperti yang diarahkan Ketua Menteri Melaka Adly Zahari barubaru ini.

“Saya dimaklumka­n setakat ini hanya Majlis Perbandara­n Hang Tuah Jaya sahaja yang telah mengambil langkah awal menurunkan harga khemah seperti yang diarahkan ketua menteri,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia