Utusan Borneo (Sabah)

Bazar Ramadan Indah Permai

Jadi tumpuan masyarakat Sepanggar

- Oleh YAP SIONG HAN

SETIAP kali tibanya Ramadan, masyarakat di Sabah yang terdiri daripada berbilang kaum dan keturunan sangat bertuah kerana pada bulan ini sahaja bazar Ramadan akan dibuka di merata-rata tempat bagi memberikan peluang kepada semua masyarakat yang berpuasa atau sebaliknya bagi mencari makanan yang menarik selera.

Tinjauan ke bazar Ramadan Indah Permai mendapati seperti tahun sebelumnya, lokasi ini terus menjadi tarikan masyarakat tempatan dan luar yang menetap di kawasan berkenaan.

Walaupun ketika tinjauan dilakukan hujan turun renyaireny­ai, namun lokasi bazar itu tetap dibanjiri pengunjung seawal jam 3 petang.

Seorang pengusaha gerai Wan Erma Aziyanty Wan Mahadi, 36, berkata, bazar berkenaan tetap meriah walaupun cuaca seperti akan berlaku hujan lebat.

“Gerai saya tahun ini turut mendapat sambutan yang baik kerana ramai masyarakat di sini datang khusus mencari menu yang berasal dari Semenanjun­g Ma- laysia.

“Saya berasal dari Pulau Pinang tetapi sudah menetap sini lama kerana suami bekerja di sini. Hidangan laksa ini adalah berasal dari sebelah Utara Semenanjun­g. “Laksa sebenarnya sangat popular di sana dan kini semakin mendapat sambutan daripada masyarakat setempat di sini,” katanya ketika ditemui. Katanya, kebaikan perniagaan bazar mampu membantu menjana pendapatan sampingan bagi persediaan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Menurutnya, pengumuman Perdana Menteri mengenai pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmat­an (GST) adalah yang terbaik. “Tanpa GST, kita akan mampu mengurangk­an harga jualan dan kos bahan mentah pada bulan hadapan.

“Ketika ini, saya masih kekalkan harga RM5 untuk setiap bungkus seperti mana harga yang saya jual tahun-tahun sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Mohd Fadzri Samiran, 26, yang mengusahak­an Armada Catering turut bersyukur kerana diberi peluang untuk membuka gerai di Bazar Ramadan Indah Permai.

Katanya, peluang itu akan diambil sepenuhnya bagi mendapatka­n pendapatan sampingan selain membantu masyarakat setempat menyediaka­n hidangan berbuka puasa.

“Saya gembira kerana boleh membantu dari segi itu. Di sini, ramai anggota beruniform yang berpangkal­an di Sepanggar datang mencari juadah berbuka puasa.

“Untuk menu, kami menawarkan Nasi Kerabu Original Kelantan dengan minuman ABC. Minuman kita hanya menjualkan dalam harga RM2 sahaja,” katanya.

Katanya, untuk setiap pembelian bernilai RM10, satu minuman ABC akan diberikan secara percuma.

Fadzri turut gembira dengan berita pemansuhan GST yang bermula bulan hadapan.

“Dengan mansuhnya GST, kita mampu mengurangk­an kos penjualan kerana harga bahan mentah turut mengalami penurunan.

“Oleh itu, harga yang murah mampu membantu meringanka­n beban mereka yang susah,” katanya.

Dalam pada itu, pelbagai lagi makanan yang turut dijual di Bazar Ramadan Indah Permai seperti kuih muih tradisiona­l, air tebu, air bandung, mi goreng, sayap ayam dan ikan bakar, sate kambing dan sebagainya.

 ??  ?? ORANG ramai yang mengunjung­i Bazar Ramadan Indah Permai untuk membeli juadah berbuka puasa.
ORANG ramai yang mengunjung­i Bazar Ramadan Indah Permai untuk membeli juadah berbuka puasa.
 ??  ?? ERMA
ERMA
 ??  ?? FADZRI (tengah) bersama rakan-rakan di bazar berkenaan.
FADZRI (tengah) bersama rakan-rakan di bazar berkenaan.
 ??  ?? (Gambar atas dan bawah) ANTARA makanan yang dijual.
(Gambar atas dan bawah) ANTARA makanan yang dijual.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA minuman yang dijual.
ANTARA minuman yang dijual.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia