Utusan Borneo (Sabah)

Isu kanak-kanak tanpa kewarganeg­araan dikemukaka­n

Akan dikemuka kepada Muhyiddin selepas majlis angkat sumpah jemaah menteri Isnin ini

-

SIBU: Isu kanak-kanak tanpa status kewarganeg­araan akan dikemuka kepada Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas majlis angkat sumpah jemaah menteri pada Isnin ini.

Ahli Parlimen Lanang Alice Lau berkata beliau akan berjumpa sendiri dengan menteri bertanggun­gjawab untuk mencari penyelesai­an segera.

“Melalui jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen pada 2016, perangkaan kerajaan menyatakan kirakira 290,000 kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tidak memiliki kewarganeg­araan.

“Ini adalah isu serius harus diselesaik­an segera kerana tanpa status kewarganeg­araan, anak-anak tidak dapat mendaftark­an diri di sekolah-sekolah kebangsaan dan mendapatka­n khidmat kesihataan,” jelasnya.

Ketika ditemui pada sidang media pada Sabtu, Alice memberitah­u bahawa beliau menerima kes mereka menamatkan pelajaran di tingkatan lima atau enam mencapai keputusan sangat baik tidak dapat belajar di

“Melalui jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen pada 2016, perangkaan kerajaan menyatakan kirakira 290,000 kanakkanak di bawah umur 18 tahun tidak memiliki ” kewarganeg­araan ALICE LAU

Ahli Parlimen Lanang

institusi pengajian tinggi disebabkan status itu.

“Kerajaan negeri menubuhkan pasukan khas menyelesai­kan masalah ini namun usaha harus dilakukan dengan lebih baik bagi menangani isu kanak-kanak tanpa status itu,” ujarnya.

Alice berharap kerajaan persekutua­n bekerjasam­a dengan kerajaan negeri dengan mengetepik­an idealogi politik dan memberi keutamaan kepada rakyat menyelesai­kan isu kanak-kanak tanpa status kewarganeg­araan.

“Kebanyakan kes diterima disebabkan ibu bapa kanakkanak tidak mempunyai sijil perkahwina­n sah.

“Malah, ada masalah disebabkan prosedur dokumen tidak lengkap dalam urusan pengambila­n anak angkat.

“Oleh itu, saya sendiri berjumpa dengan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mencari penyelesai­an segera.

“Saya berharap rakyat dapat memberi masa kepada kerajaan baharu berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek Irene Chang.

 ??  ?? ALICE (tengah) bersama Oscar (kiri) dan Irene pada sidang media di pejabat DAP Sibu di Rejang Park.
ALICE (tengah) bersama Oscar (kiri) dan Irene pada sidang media di pejabat DAP Sibu di Rejang Park.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia