Utusan Borneo (Sabah)

Bantuan bulanan golongan miskin, kurang bernasib baik harus diteruskan: Fatimah

-

KUCHING: Bantuan bulanan untuk golongan miskin dan kurang bernasib baik di negeri ini merupakan antara program penting yang harus diteruskan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata bantuan ini adalah sangat penting untuk membantu kumpulan berkenaan.

“Berdasarka­n rekod terakhir kita iaitu pada Mac 2018, Sarawak merekodkan seramai 56,000 lebih penerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Jumlah ini adalah tidak stati dan bantuan bulanan ini adalah satu cara kita membantu kumpulan ini daripada hidup dalam keadaan yang daif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pembungkus­an Sumbangsih Kuih Raya 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini pada Sabtu.

Tambah Fatimah, selain program bantuan bulanan oleh JKM, banyak lagi dasar lain yang memberi manfaat kepada kumpulan sasar yang wajar diteruskan dan diberi perhantian oleh kerajaan.

Antaranya, program untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU), ibu tunggal termasuk memperkasa­kan golongan wanita.

“Saya merasakan program dan dasar-dasar yang baik ini harus diteruskan sebab ia tentu sekali akan memberi manfaat kepada kumpulan sasar kita.

“Ada lagi perkara lain seperti undang-undang untuk membela hak wanita dan kanak-kanak. Semua ini bagi saya harus diteruskan dan wajar diberi perhatian oleh kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu Fatimah turut mengucapka­n tahniah kepada kerajaan baharu persekutua­n atas pembentuka­n kabinet dengan majlis angkat sumpah dijadual pada Isnin ini.

Di peringkat Sarawak katanya, pendirian mereka adalah sama iaitu akan bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dengan satu matlamat iaitu untuk membantu rakyat.

Beliau juga barharap Sarawak akan mendapat perhatian sewajarnya daripada kerajaan persekutua­n untuk membolehka­n Sarawak terus memberi manfaat kepada kumpulan sasar mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia