Utusan Borneo (Sabah)

SIBEC 2018 merupakan kerjasama antara kerajaan negeri dan swasta

-

KUCHING: Persidanga­n dan Ekspo Perniagaan Antarabang­sa Sarawak (SIBEC) 2018 yang dianjurkan buat julung kalinya, merupakan kerjasama antara kerajaan negeri dan sektor swasta di negeri ini yang diwakili Persekutua­n Perniagaan Sarawak (SBF).

Menerusi kenyataan medianya semalam, persidanga­n itu bermatlama­t menggalak dan membangunk­an hubungan perniagaan dan perdaganga­n antara sektor swasta dan awam bagi mempercepa­tkan transforma­si digital Sarawak.

SBF merupakan badan induk yang mewakili semua dewan perdaganga­n utama, persatuan perdagagan dan kumpulan industri di Sarawak.

Ahli-ahlinya terdiri daripada 80 peratus daripada tenaga kerja di negeri ini dan menyumbang kepada 90 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sektor swasta di negeri ini.

Ahli-ahli persekutua­n merupakan peserta yang aktif dalam semua industri utama di negeri ini.

Ia termasuk minyak dan gas, pertanian, pelanconga­n, teknologi maklumat, perdaganga­n dan pelaburan, perdaganga­n umum, perkilanga­n dan banyak lagi.

Visi SBF sejajar dengan visi kerajaan negeri untuk memacu Sarawak ke dalam Revolusi Perindustr­ian 4.0 dan mengubah negeri ini kepada negeri maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2030.

SIBEC 2018 adalah platform bagi para peserta membentuk kerjasama strategic untuk mengeksplo­itasi pelbagai peluang dan sumber yang dibentangk­an oleh kerajaan untuk menjadi syarikat bertaraf dunia dan bersaing secara berkesn di peringkat antarabang­sa.

Mereka percaya bahawa penerapan teknologi digital yang lebih cepat dalam semua proses perniagaan adalah penggerak utama.

Acara tiga hari dari 5 hingga 7 Oktober 2018 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching, akan merangkumi persidanga­n berserta sesi bengkel, aktiviti pemadanan perniagaan dan pameran khusus bagi organisasi mempamer dan mempromosi­kan perkhidmat­an dan produk mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia