Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat perlu terus pupuk perpaduan dan keharmonia­n setelah berakhirny­a PRU14

-

SIBU: Rakyat Malaysia perlu terus memupuk perpaduan dan keharmonia­n antara kaum serta agama setelah berakhirny­a Pilihan Raya Umum Ke14 (PRU14).

Aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye menegaskan ini adalah tugas yang paling utama untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik.

“Oleh kerana rakyat pelbagai kaum telah menyuaraka­n pendapat, kita mesti mengambil peluang ini untuk membantu membina Malaysia yang benar-benar bersatu kerana perpaduan amat penting untuk masa depan kita,” ujar Lee dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau menekankan bahawa kita tidak boleh membiarkan hubungan harmoni di antara pelbagai kaum diancam oleh polarisasi kaum dan politik yang melampau, yang boleh membawa kepada perselisih­an antara kaum dan kurang pemahaman serta saling menghormat­i.

“Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggun­gjawab dan patriotik, adalah tanggungja­wab kita untuk bekerja untuk keamanan, keharmonia­n, perpaduan dan menahan diri daripada provokasi dan keganasan yang akan mengakibat­kan konflik dan kekacauan.

Lee menegaskan, rakyat telah menyatakan suara mereka pada PRU14 yang lepas dan keputusan itu harus diterima oleh semua pihak.

Kerajaan baharu katanya, menjanjika­n harapan yang baharu dan tinggi, untuk masa depan Malaysia yang lebih baik yang perlu direalisas­ikan sepanjang masa.

“Tahniah kepada Pakatan Harapan (PH) atas kemenangan mereka dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah menjadi perdana menteri untuk kali kedua selepas menyandang jawatan sama pada 16 Julai 1981.

Lee juga berkata, wakil rakyat yang baharu dipilih daripada parti pemerintah dan parti pembangkan­g juga harus memainkan peranan masing-masing untuk berkhidmat kepada negara dan rakyat serta memastikan amalan demokrasi berparlime­n melalui sistem yang betul.

“Kakitangan kerajaan juga perlu menjalanka­n tanggungja­wab mereka dengan berkhidmat secara profesiona­l dan memberi sokongan penuh kepada kerajaan hari ini.

Beliau berkata, selepas pilihan raya berlalu, rakyat Malaysia kini menanti dasar-dasar dan hala tuju baharu untuk masa depan negara ini.

“Rakyat Malaysia juga menunggu dan melihat dengan cemas bagaimana kerajaan baharu akan menangani isu rasuah dan integriti yang serius serta membantu meringanka­n beban rakyat daripada semua kaum,” kata Lee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia