Utusan Borneo (Sabah)

Pengorbana­n sentiasa dihargai

8,000 bungkusan kuih raya untuk anggota keselamata­n, penguatkua­saan bertugas semasa Aidilfitri

-

KUCHING: Program Sumbangsih Kuih Raya diteruskan tahun ini dengan 8,000 bungkusan kuih raya bakal diagihkan kepada anggota keselamata­n dan penguatkua­saan di negeri ini yang bertugas semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah berkata program ini merupakan program tahunan Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Program ini katanya, telah bermula pada 1990 di mana pada masa itu ia hanya melibatkan dua agensi penerima iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 2,000 bungkusan kuih raya diagihkan.

“Tahun ini melibatkan jumlah penerima terbesar dengan 8,000 bungkusan kuih raya bakal kita agihkan kepada 10 agensi penerima bermula pada 23 Mei ini yang akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pembungkus­an Sumbangsih Kuih Raya 2018 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Lama di sini pada Sabtu.

Proses penyediaan 8,000 bungkusan kuih raya menelan kos RM200,000.

Semua 8,000 bungkusan kuih raya ini akan diagihkan kepada 10 agensi penerima iaitu ATM, PDRM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Jabatan Penjara Negeri, Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia, Jabatan Imigresen Negeri, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan

“Tahun ini melibatkan jumlah penerima terbesar dengan 8,000 bungkusan kuih raya bakal kita agihkan kepada 10 agensi penerima bermula pada 23 Mei ini yang akan dirasmikan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Openg,” Johari Tun DATO SRI FATIMAH ABDULLAH Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak

Pengangkut­an Jalan.

Turut menerima sumbangan kuih raya ini ialah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Sukarelawa­n Malaysia dan Kontigensi.

Setiap bungkusan kuih raya ini mengandung­i tujuh jenis kuih iaitu kek hati pari (parek), kek buah, serunding daging, biskut bawang, bahulu, maruku dan nasi himpit.

“Sumbangsih kuih raya ini merupakan satu cara untuk kerajaan negeri mengucapka­n terima kasih kepada anggota keselamata­n dan penguatkua­saan yang terpaksa bertugas pada hari tersebut demi menjaga keselamata­n dan keamanan negeri kita.

“Pada masa yang sama, program ini juga diharap dapat menerapkan nilai-nilai berterima kasih kepada generasi muda masa kini terhadap mereka yang menjaga keselamata­n kita,” katanya.

Dalam pada itu aktiviti pembungkus­an kuih raya itu semalam melibatkan seramai 250 sukarelawa­n di bawah JWKS dan turut dibantu anggota ATM, PDRM dan sebagainya.

 ??  ?? FATIMAH (tengah) turut serta dalam pembungkus­an kuih raya di DUN Lama pada Sabtu untuk diagihkan kepada 8,000 anggota keselamata­n dan penguatkua­saan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.
FATIMAH (tengah) turut serta dalam pembungkus­an kuih raya di DUN Lama pada Sabtu untuk diagihkan kepada 8,000 anggota keselamata­n dan penguatkua­saan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia