Utusan Borneo (Sabah)

Guru prasekolah diingatkan pertingkat diri dengan latihan, kursus disediakan

-

MIRI: Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin mengingatk­an guru-guru prasekolah terus memperting­katkan diri dengan pelbagai latihan atau kursus yang disediakan.

Katanya, ini salah satu persediaan menghadapi cabaran pendidikan yang semakin berkembang.

“Bukan sahaja guru-guru peringkat sekolah rendah atau menengah tetapi guru prasekolah turut memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak di peringkat tadika dan taska.

“Malah, mereka (guru tadika dan taska) juga berdepan dengan cabaran mereka sendiri memberi pendidikan awal atau asas kepada anak-anak,” katanya pada sambutan Hari Guru anjuran Persatuan Pengusaha Tadika/Taska Miri di sini pada Sabtu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senadin itu berkata memperting­kat kemahiran diri melalui kursus dan latihan antara penekanan penting bagi memajukan diri menghadapi cabaran pendidikan.

Hadir sama Adun Piasau Datuk Sebastian Ting dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Tadika/Taska Miri Sim Siew Fong.

Dalam pada itu, Lee mahu guru-guru prasekolah terbabit menerapkan nilainilai kasih sayang terhadap anak-anak didik mereka.

“Terapkan nilai ‘keibuan’ dalam mendidik anak-anak di tadika atau taska kerana dengan adanya nilai tersebut secara tidak langsung anak-anak merasakan kasih sayang diberikan di samping mendidik mereka melangkah ke alam persekolah­an sebenar,” jelasnya.

Malah katanya, beliau menghargai pengorbana­n dan kesabaran guru-guru terbabit dalam melaksanak­an tugas masing-masing.

Pada majlis sama, Lee juga menyaksika­n bacaan ikrar bagi ahli jawatan baharu persatuan yang baharu dilantik pada tahun ini.

Turut diselitkan majlis penyampaia­n anugerah penghargaa­n kepada 15 guru yang telah lama berkhidmat sebagai guru prasekolah serta penyampaia­n insentif kepada anak-anak ahli yang cemerlang dalam pelajaran.

 ??  ?? ENAM kiri, Ting, Lee dan Sim menyertai yang lain meraikan sambutan Hari Guru anjuran Persatuan Pengusaha Tadika/Taska Miri.
ENAM kiri, Ting, Lee dan Sim menyertai yang lain meraikan sambutan Hari Guru anjuran Persatuan Pengusaha Tadika/Taska Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia